• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hanya Puteri Najwa Bekas Kekasih Saya” – Shaheizy Sam

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Artis
1
Share on FacebookShare on Twitter

Mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut atau sekadar berkias dalam kenyataannya sebelum ini, akhirnya Shaheizy Sam menjawab persoalan tentang wanita yang pernah mengisi ruang hatinya.

Menerusi artikel dalam Berita Harian, pelakon Adnan Sempit itu berkata, dia hanya pernah bercinta dengan seorang pelakon baru, Puteri Najwa.

Lantas pengakuan tersebut menepis terus gosip percintaan yang dikompangkan sebelum ini bersama aktres Fazura. Kes bertepuk sebelah tangan ke macam mana ni?

[TERDAHULU: Diam-Diam, Fazura Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam]

Nur-Fazura-Bakal-Bergelar-Juri-Maharaja-Lawak-Mega-2014-ROTIKAYA-700x438

Menurut laporan sama, walaupun percintaan mereka kecundang di pertengahan jalan, namun hubungan Puteri Najwa bersama keluarga Sam masih berlanjutan seperti biasa.

Lantas itu, ada ‘kata-kata nakal’ yang mengandaikan hubungan kedua-dua pelakon tersebut bertaut kembali. Entahlah, susah juga untuk membuat telahan kerana Sam sememangnya seorang yang perahsia.

sam (3)

Memetik kenyataan Sam dalam Berita Harian, “Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta.

“Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya. Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja.”

Secara tak langsung, ia menggambarkan bahawa wanita lain yang pernah digosipkan dengan Sam hanyalah sekadar teman dan tidak lebih dari itu. Ouch.

[BERKAITAN: Syatilla Sindir Fazura Sebab Dedah Kisah Cinta Dengan Sam?]

968full-syatilla-melvin

Namun, peminat masih tertanya-tanya lanjutan hubungan pelakon tersebut dengan Syatilla Melvin yang masih belum terungkai misterinya.

Yelah, semua tahu pelakon tersebut didakwa menyindir Fazura di akaun Twitter peribadinya kerana Fazura mendedahkan ‘percintaan’ dengan Sam dalam rancangan realitinya sedikit masa lalu. Namun, ia langsung dinafikan Syatilla.

Sebelum ini, Sam turut digosipkan berpacaran dengan aktres Yana Samsuddin dan Wawa Zainal namun ia dinafikan kedua-dua pihak dan sepi begitu sahaja.

Senang cakap, untuk para gadis di luar sana, jangan mudah mencanang tentang hubungan yang belum pasti kepada pihak luar. Bukan apa, takut jadi kes macam ni. Alahai…

Pepatah ada cakap, ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Astro Awani – Fazura Akui Serasi Dengan Shaheizy Sam

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kandungan Cecah 5 Bulan, Elaine Bakal Timang Bayi Perempuan

Next Post

25 Gambar Yang Disangka Benar Hingga Jadi Viral

Related Posts

Lima Remaja Terbabit Kes Buli Zara Qairina Didakwa Rabu Ini

Lima Remaja Terbabit Kes Buli Zara Qairina Didakwa Rabu Ini

18/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu ini, berhubung kes...

Indonesia Gugurkan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Sempena Hari Kemerdekaan

Indonesia Gugurkan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Sempena Hari Kemerdekaan

18/08/2025
0

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) berjaya melaksanakan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui guguran udara untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada...

Next Post

25 Gambar Yang Disangka Benar Hingga Jadi Viral

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd