• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Mengelak Jawab Perang Mulut PAS-DAP

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sekali lagi mengambil langkah selamat dengan bertindak ‘melarikan diri’ daripada wartawan apabila ditanya berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang membabitkan pertikaian antara DAP dan PAS.

Malah Lim juga seolah-olah ‘mempermainkan’ wartawan dengan berkata akan mengulas lebih lanjut pada rumah terbuka Exco kerajaan negeri apabila ditanya tentang perang mulut antara Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berhubung hudud.

Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tetap tidak menjawab soalan berhubung perkara itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow.

Ketika ditanya soalan sama berulang kali, Lim hanya berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan bertulis sekiranya perlu.

Akhbar melaporkan Gobind Singh yang juga Ahli Parlimen Puchong, menerusi kenyataannya baru-baru ini, memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika parti itu membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud bulan depan kerana pelaksanaan hukum terbabit tidak mendapat sokongan sekutu dalam pakatan.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, kemudian berkata PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan, sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.

Persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. – BERNAMA

Tags: DAPLim Guan EngPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd