• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerak Kerja Banteras Pati Di Sabah Dipergiat Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa gerak kerja membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah akan terus dipergiatkan tahun ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah berkata sepanjang Januari tahun ini, sebanyak 132 operasi mengesan dan menahan PATI di seluruh Sabah telah dilaksanakan.

Katanya dengan moto ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’, operasi bersepadu di seluruh Sabah diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) manakala di kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) diterajui oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Bagi pelaksanaan operasi awal 2015, yang diketuai MKN Sabah, sebanyak lima operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi telah dilaksanakan dan sejumlah 1,334 orang telah diperiksa manakala 560 lagi telah direman,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mempengerusikan secara bersama mesyuarat sulung Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Di Sabah di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata sepanjang tahun 2014, Jabatan Imigresen di Sabah melaksanakan 330 operasi dan seramai 18,049 warga asing yang melanggar peraturan imigresen seperti tinggal lebih masa telah diusir ke negara asal.

Katanya daripada jumlah berkenaan, 14,098 warga Filipina diikuti Indonesia (3,751) dan selebihnya dari Pakistan, Turki, China, Vietnam, India, Uzbekistan, Nepal, Thailand dan lain- lain negara.

Mengenai mesyuarat jawatankuasa itu hari ini, beliau berkata ia antara lain membincangkan pelan tindakan dan hala tuju jawatankuasa induk itu dan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Turut dibincang ialah isu mengenai pengesahan Sijil Daftar Lewat Kelahiran oleh Mahkamah Majistret dan telah dicadangkan supaya mahkamah bersidang lebih kerap bagi membolehkan perakuan permohonan kewarganegaraan kepada penduduk asal Sabah dapat dipercepatkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah mengumumkan tiga terma rujukan Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah iaitu menggubal dasar dan strategi pendekatan pengurusan warga asing di Sabah, memantau pelaksanaan dasar dan program oleh agensi yang berkaitan berhubung pengurusan warga asing di Sabah dan mengemukakan syor dan cadangan untuk pertimbangan mesyuarat Jemaah Menteri.

Jawatankuasa induk itu mempunyai 12 anggota termasuk pengerusi bersama iaitu Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah dan akan bermesyuarat tiga bulan sekali yang diadakan sama ada di Sabah atau di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: PatiZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd