• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar! Mayat Remaja Ditemui Tertanam Di Hutan Simpan Pedu

oleh AK-47
25/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN penduduk kampung yang tinggal berdekatan Charuk Temingat, Padang Terap gempar dengan penemuan mayat seorang remaja perempuan di pinggir kawasan Hutan Simpan Pedu bersebelahan Jalan Durian Burung, malam tadi.

Penemuan kira-kira pukul 7 malam itu disedari oleh beberapa individu yang sedang mencari madu dalam hutan berkenaan.

Mayat yang ditanam dalam keadaan mengiring itu dikaitkan dengan kes kehilangan dua wanita sebulan lalu, daripada daerah tersebut dan Sik.

Memetik laporan Berita Harian, seorang saksi yang enggan dikenali berkata seorang lelaki yang juga bapa saudara salah seorang remaja yang dilaporkan hilang itu datang menemuinya lantas meminta pertolongan menggali kawasan tempat mayat itu ditemui dengan kawalan beberapa anggota polis.

Katanya, kerja menggali yang dibantu beberapa orang kampung dan anggota polis itu diberhentikan selepas ternampak tangan manusia untuk tindakan lanjut pihak forensik.

“Kami hanya menggali sampai nampak lengan dan bahagian lutut kiri mangsa,” katanya yang percaya, mayat tersebut baru beberapa hari ditanam di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, polis mendapat laporan kira-kira jam 7 petang semalam dan kini menunggu laporan unit forensik.

Nashir berkata, beberapa penduduk kampung yang sedang mencari madu menemui satu kawasan seperti baru digali dan ditutup dengan ranting kayu.

“Lelaki itu curiga bila ternampak kawasan itu seolah-olah baru digali lalu terus melaporkannya kepada pihak polis.

“Kita tidak dapat menentukan identiti mangsa setakat ini kerana belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

“Bagaimanapun berdasarkan maklumat awal kita percaya mangsa adalah seorang perempuan,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Video Jumpa Mayat Dalam Hutan (Bukan Kes Diatas)

https://www.youtube.com/watch?v=XfGnXbTYF7k

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd