• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis 14 Tahun Dipercayai Terpengaruh IS Sebelum Memasuki Tahfiz

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bukit Aman percaya gadis berusia 14 tahun yang cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, telah terpengaruh dengan ideologi kumpulan itu sebelum memasuki sekolah tahfiz lagi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata ini berdasarkan hasil siasatan awal terhadap gadis itu.

Bagaimanapun, siasatan tetap diteruskan untuk melihat sama ada terdapat pembabitan sekolah tahfiz berkenaan dalam penyebaran ideologi IS, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Kita telah kenal pasti sekolah tahfiz itu dan setakat ini kita tengah siasat … bagaimanapun saya yakin gadis ini sebelum memasuki tahfiz itu, dia telah terdedah dengan pengaruh IS melalui internet.

“Kita juga akan siasat guru-guru di sekolah tahfiz berkenaan termasuk latar belakang mereka,” katanya.

Rabu lepas, gadis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ketika cuba pergi ke Syria melalui Mesir.

Gadis yang berasal dari Muar itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam. – BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhammad Shafee Hanya Jelaskan Perkara Sebenar

Next Post

Awasi Kegiatan Anak-Anak Elak Terlibat Kegiatan Berbahaya

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

Next Post

Awasi Kegiatan Anak-Anak Elak Terlibat Kegiatan Berbahaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd