• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fiesta Belon Udara Panas P.Pinang Jadi Tumpuan Ramai

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sepuluh ribu pengunjung membanjiri Padang Polo, di sini untuk menyaksikan Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang yang bermula semalam.

Program dua hari berakhir esok itu turut menarik pelancong dari luar negara bagi menyaksikan himpunan 15 belon udara panas yang tampak lebih menarik pada waktu malam.

Ia turut menampilkan belon dengan reka bentuk istimewa seperti ‘Trump’, ‘Darth Vader’ dan ‘Humpty Dumpty’ di samping penyertaan penggiat belon panas antarabangsa dari United Kingdom, Belgium, Korea Selatan, Filipina dan Amerika Syarikat.

Seorang pelancong dari Poland, Wiktor Lazarsul, 27, berkata pesta belon udara panas tidak kira di mana ia dianjurkan mempunyai keunikan tersendiri dengan suasana dan latar belakang pemandangan berbeza

“Ia sungguh hebat … saya telah menyaksikan acara seperti ini di Istanbul dan Melbourne, perasaan dan keseronokannya berbeza di satu-satu tempat,” katanya.

Bagi Yui Kazue, 33, dari Jepun berkata beliau dan tiga rakannya sanggup datang semula pada sebelah malam apabila mendapati tiada belon diapungkan pada waktu tengah hari.

Dia yang pertama kali berkunjung ke negara ini berasa kehadirannya berbaloi walaupun tidak dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas kerana pembelian tiket perlu dilakukan lebih awal.

“Saya tidak kecewa, barisan orang beratur adalah panjang tetapi masih berbaloi bagi saya bersantai bersama rakan dan mencuba tarikan lain di sini,” katanya yang turut mencuba bermain congkak dan mewarna batik.

Bagi Hwa Sze Suen, 40, cuti Tahun Baharu Cina tahun ini agak berlainan apabila beliau dan isteri serta anak lelakinya dapat bersama-sama menyertai larian ria sempena acara itu sebelum berkesempatan menaiki belon udara panas yang sebelum ini hanya dapat dilihat daripada kaca televisyen.

“Sebagai anak jati Pulau Pinang saya rasa berbangga kerana acara yang jarang-jarang dianjurkan ini diadakan di negeri ini. Agak teruja dapat terapung di udara walau hanya seketika,” katanya yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di sebuah hospital swasta di sini.

Pelbagai program menarik menanti pengunjung seawal 7 pagi hingga 9 malam termasuk persembahan paramotor, memanah dan pertandingan fotografi yang menawarkan hadiah tiket penerbangan ke Chiang Mai dan Bangkok dengan pertunjukan belon dijangka berlangsung sehingga tengah malam.

Pengunjung turut berpeluang merakam gambar aktiviti meneroka di dalam ruang belon udara sepanjang 21.3 meter yang belum dikembangkan sepenuhnya dengan bayaran RM5.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucapan perasmiannya berkata acara julung kali dianjurkan dengan kerjasama Tourism Malaysia itu dijangka akan menjadi acara tahunan kerajaan negeri.

“Program ini suatu permulaan baik sempena Tahun Melawat Pulau Pinang 2015 dan berpotensi menjadi tarikan baru dengan menawarkan pengalaman istimewa kepada pengunjung,” katanya.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff. – BERNAMA

Tags: Belon Udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 7 Cedera Belon Udara Panas Terhempas

05/01/2018
0

KAHERAH – Sekurang-kurangnya seorang pelancong terbunuh dan tujuh lagi cedera, selepas belon udara panas terhempas berhampiran bandar Luxor pada Jumaat,...

Hidup Wanita Jepun Ini Berubah Berkat Belon

14/08/2016
0

ANDA mungkin tidak menyangka, hidup seseorang itu boleh berubah berkat daripada rezeki belon. Belon warna-warni dengan pelbagai bentuk lucu sebenarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd