• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Feri Diselubungi Asap Kerana Puntung Rokok

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perbuatan tidak bertanggungjawab perokok membuang puntung rokok yang masih menyala menimbulkan kelam-kabut di kalangan lebih 400 penumpang sebuah feri yang terpaksa belayar dengan diselubungi asap antara Pulau Langkawi dan Kuala Kedah di sini hari ini.

Sungguhpun si pelaku itu belum dikenal pasti, difahamkan puntung rokok yang tidak dipadamkan sepenuhnya itu membakar tempat duduk tandas di dalam feri terbabit sebelum feri dua tingkat itu diselubungi asap berkepul-kepul.

Seorang penumpang, Hamzah Osman, 52, berkata insiden itu berlaku kira-kira 12.35 tengah hari selepas feri berkenaan meninggalkan Jeti Kuah di sini menuju Kuala Kedah, kira-kira 57km dari sini.

“Hanya kira-kira 20 minit selepas kami meninggalkan Jeti Kuah, asap mula menyelubungi feri ini dan tidak lama kemudian, kru feri memberitahu kami supaya memakai jaket keselamatan.

“Saya dapat lihat mereka bersiap-sedia untuk berdepan perkara yang kurang menyenangkan. Mujurlah mereka berjaya mengawal keadaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hamzah, yang disertai isteri, anak dan cucu di dalam feri itu, berkata feri berkenaan sarat dengan penumpang tempatan serta pelancong asing yang dalam perjalanan ke tanah besar selepas bercuti di pulau peranginan ini.

Beliau berkata sebaik sahaja kru berjaya mengawal keadaan, feri itu kembali ke Jeti Kuah sebelum penumpangnya dipindahkan ke sebuah feri lain untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Kedah.

Sementara itu, pengusaha feri berkenaan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Perkhidmatan feri adalah antara kaedah yang digunakan untuk melakukan perjalanan antara Pulau Langkawi dan tanah besar Semenanjung, selain menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dan destinasi lain. – BERNAMA

Tags: Feri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

15/12/2024
0

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd