• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

F1: Saya Mahukan Lebih Pencabar – Hamilton

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEREZ (Sepanyol) – Juara dunia, Lewis Hamilton mengharapkan lebih ramai pencabar, bukan sekadar rakan sepasukannya dari Mercedes, Nico Rosberg ketika kempen baharu perlumbaan elit Formula Satu (F1) musim ini.

Pertarungan merebut kejuaraan dunia tahun lepas cukup sengit yang membabitkan Hamilton dan Rosberg sehingga ke perlumbaan terakhir di Abu Dhabi.

Begitupun, semua pencabar lain jelas ketinggalan jauh di belakang meninggalkan Mercedes tanpa dicabar, memenangi 16 daripada 19 pusingan perlumbaan dan menamatkan jurang mata cukup besar, lebih 300 mata.

“Saya sentiasa mahu memastikan akan ada persaingan. Pertarungan yang kami lalui tahun lepas amat menyeronokkan. Itulah sebab untuk saya meneruskan hidup,” kata Hamilton.

“Lebih ramai pelumba yang dapat saya tentang, lebih meriah. Ayuh berikan cabarannya,” kata pelumba kelahiran Britain itu.

Hamilton benar-benar dicabar Rosberg musim lepas dan persaingan dua pelumba berbakat ini sejak zaman kanak-kanak dijangka akan berterusan.

“Saya sudah bersedia. Hanya itu yang saya perlukan,” kata Hamilton ketika ditanya bagaimana reaksinya seandainya perseteruannya bersama Rosberg berlaku sekali lagi.

Juara dunia dua kali itu menewaskan Rosberg dengan kelebihan 67 mata musim lepas namun jurangnya tampak besar kerana mata berganda yang ditawarkan pada perlumbaan akhir di Abu Dhabi.

Selain Hamilton, pelumba baharu McLaren, Fernando Alonso turut memiliki dua gelaran dunia selain Sebastian Vettel, juara dunia empat kali yang meninggalkan Red Bull untuk menyertai Ferrari.

Ini adalah tahun terakhir Hamilton bersama Mercedes namun dikhabarkan kontrak baharu sedang disiapkan. – AFP

Tags: F1Lewis Hamilton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piastri Ungguli GP China

Piastri Ungguli GP China

23/03/2025
0

SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri bangkit daripada kekecewaan perlumbaan pembukaan musim di laman sendiri dengan memenangi Grand Prix China untuk...

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd