• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESScom Tahan 9 Warga Pakistan Si Semporna

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) menahan sembilan lelaki warga Pakistan dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan sah di Kampung Air Hujung, Semporna, Jumaat lepas.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata kesemua mereka diberkas dalam satu operasi khas.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota keselamatan ESScom menyerbu ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Air dan menahan lapan warga Pakistan, dan seorang lagi ditahan berhampiran jalan ke premis itu.

Mereka dibawa ke ibu pejabat polis Semporna sebelum dihantar ke Jabatan Imigresen dan hasil siasatan menunjukkan, tujuh daripada mereka mempunyai masalah dokumen perjalanan, katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jabatan Imigresen Semporna Habib Mohd Rafiee yang mengesahkan kejadian tersebut berkata tujuh warga Pakistan itu berumur antara 23 dan 41 tahun.

Habib berkata lima daripada mereka didapati tinggal lebih masa di Sabah, manakala dua yang lain masing-masing ditahan kerana tidak memiliki pas atau menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS).

“Warga asing itu dipercayai berada di sini (Sabah) antara lapan bulan dan satu tahun setengah,” katanya.

Jabatan Imegresen akan merujuk perkara berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara sebelum mengambil tindakan selanjutnya, termasuk menghantar pulang warga Pakistan itu ke negara asal mereka, kata Habib. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribut Petir Di Selangor & Sabah Berterusan Sehingga Awal Petang

Next Post

Waspada…Lima Gejala Ini Mungkin Petanda Awal Penyakit Kanser!

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

Next Post

Waspada...Lima Gejala Ini Mungkin Petanda Awal Penyakit Kanser!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd