• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Isteri Anggota Polis

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua remaja lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri seorang anggota polis di rumah mangsa pada 11 Feb lepas.

Penganggur A.Nagarujun, 19, dan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang bekerja sebagai pencuci kereta, didakwa membunuh Izaah Abdullah, 52, antara pukul 12.30 tengah malam dan 2 pagi di No 9, Laluan Tanjung 4, Taman Tanjung Emas, Ulu Kinta.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Tamil di depan Majistret Nurul Asyifa Redzuan, tertuduh menganggukkan kepala sebagai tanda faham.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Geetha Jora Singh memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan bedah siasat mangsa belum siap.

Nurul Asyifa kemudian menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.

Selepas prosiding, seorang wanita dipercayai anggota keluarga tertuduh kelihatan menangis dan remaja lelaki berumur 17 tahun itu yang turut menangis.

Remaja terbabit, yang memakai kemeja t putih, diwakili peguam Datuk Naran Singh manakala Nagarujun, yang memakai baju lokap (warna ungu,) tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, empat remaja lelaki ditahan reman mulai 12 Feb lepas hingga semalam bagi membantu siasatan berhubung kes itu. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gaya Bintang Hollywood Gred A Hadiri Anugerah Oscar 2015

Next Post

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas Berhabisan RM40,000

Related Posts

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Ramai warga Kuantan mengakui sering melihat Norshamira Zainal wanita yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran...

Next Post

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas Berhabisan RM40,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd