• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dot ML Menawarkan Domain .ML Percuma Untuk Semua

oleh AK-47
17/02/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Mungkin ramai yang sedia mengenali akan Freenom yang telah menawarkan domain .TK secara percuma kepada sesiapa yang inginkan nama domain dengan akhiran yang pendek.

Hari ini,  Freenom melancarkan domain akhiran baru secara percuma di Malaysia, iaitu .ML, ketika di majlis pelancaran di One World Hotel, Damansara.

DSC_0323

Strategi Dot ML memfokuskan kepada para individu dan juga organisasi dalam mendapatkan domain dengan akhiran .ML tersendiri.

“Manfaatnya sangat jelas, kami sepenuhnya mewakili domain di Malaysia. Jika anda lihat dengan kepelbagaian pengakhiran domain yang berbeza, ia mungkin menyukarkan sesetengah pengguna untuk mengakses laman web anda.

Tetapi buat Dot ML, ia secara jelas memberikan kelebihan kepada anda dan pelanggan yang mengunjungi.”  Kata Joost Zuurbier, Pengarah Dot ML ketika sidang media di Damansara.

DSC_0327

Kebanyakkan penganalisa internet juga bersetuju bahawa proses di dalam sistem pendaftaran domain tempatan adalah sangat bersifat birokrasi dan perlahan.

“Dengan sebanyak lapan jenis domain yang berakhiran .MY di Malaysia, anda mungkin akan keliru dengan sesetengah laman web yang pengakhiranya .com.my, .gov.my ataupun .org.my.

Tetapi dengan .ML, ia secara jelas memberikan nama domain anda yang tepat tanpa sebarang penambahan di belakangnya dan bagi domain .MY di Malaysia, kebiasanya setiap domain tersebut dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu RM120,” kata Jeremie Godreche, COO Dot ML.

DSC_0322

Menurut pihak Dot ML, semua domain dengan kurang daripada empat aksara ditawarkan secara percuma.

Proses pendaftaran domain ini telah dipermudahkan dan tidak memerlukan sebarang kertas kerja yang rumit.

Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan domain menggunakan akhiran .ML, dan menggunakannya bersama-sama hosting sedia ada, atau turut membuat redirect ke laman sedia ada.

ml

Bagi anda yang inginkan domain yang singkat untuk digunakan sebagai projek peribadi, ataupun tidak ingin membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan domain sendiri, mungkin boleh menyemak laman Dot.ML dan mendaftarkan domain percuma hari ini. – MYNEWSHUB

Layari dan daftar: Dot ML

Oleh: hzqahmd

Tags: internetsyarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd