• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Marah Hospital Kerana Banduan Mati

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Pulau Pinang menyalahkan pihak polis dan Hospital Sungai Bakap (HSB) berikutan kematian banduan, K. Elumalai sewaktu menerima rawatan di hospital itu baru-baru ini.

Naib Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, Kasthuri Patto mendakwa, kematian banduan itu menjejaskan integriti pihak polis kerana Elumalai sebelum mati dibawah jagaan pihak polis.

Beliau turut menyalahkan pihak hospital di atas kematian banduan berusia 43 tahun berkenaan kerana didakwa gagal memberi rawatan yang sempurnah ke atas lelaki itu.

“Kematian Elumalai ini dengan jelas mempertikaikan integriti pihak polis serta hospital kerana kali terakhir Elumalai masih hidup adalah bersama pihak polis dan pihak hospital.

“Adalah tanggungjawab pihak polis dan pihak hospital untuk memastikan banduan mendapat rawatan perubatan yang terbaik secepat mungkin dan dalam kes ini, jelas institusi kerajaan sekali lagi menghampakan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kasthuri mendakwa, HSB merupakan salah satu hospital di Malaysia yang terkenal dengan perkhidmatan perubatan yang tidak memuaskan dan ketiadaan doktor pakar walaupun jumlah pesakit luar diterima sangat ramai.

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada ketiadaan doktor pakar di hospital itu yang menyumbang kepada kematian banduan berkenaan.

“HSB kurang kompeten kerana ketiadaan doktor pakar, infrastruktur yang masih diperbuat daripada kayu, keadaan hospital yang tidak kondusif, bilangan ambulans yang rendah dan sikap endah-tak endah kebanyakan kakitangannya,” dakwa beliau.

Media dua hari lalu melaporkan Elumalai yang sedang menjalani hukuman penjara di Kompleks Penjara Seberang Perai dilaporkan mati ketika menerima rawatan di HSB.

Dia yang berasal dari Teluk Intan, Perak mengadu sakit sebelum dibawa ke HSB pada pukul 6 petang dan mati kira-kira 20 minit selepas itu iaitu ketika sedang menerima rawatan.

“Lelaki itu dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan. Dia didapati bersalah bagi tiga pertuduhan berkaitan dadah,” laporan media terbabit. – mynewshub.cc

Tags: DAPTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd