• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Si Cacat, Awek Cun Selalu Disangka Jururawat

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Ramai beranggapan wanita yang sering menemani lelaki kurang upaya ini jururawat yang ditugaskan untuk menjaganya, namun jawapan yang diterima membuat orang lain bingung – dan mungkin ‘terhina.’

Shane Burcaw lahir dengan kecacatan genetik menyebabkan dia mengalami penyakit dikenali sebagai spinal muscular atrophy.

Keadaan itu menyebabkan Burcaw, 22, terpaksa bergantung hidup kepada kerusi roda untuk bergerak sejak dia berusia tiga tahun.

Namun, nasib tidaklah sepenuhnya malang untuk Burcaw.

Kini menjadi penulis dan kolumnis, Burcaw berjaya menambat hati Anna Reinalda sejak beberapa bulan lalu.

Ketika keluar atau berjanji temu, orang ramai biasanya menganggap Burcaw ditemani seorang jururawat jelita.

Kekeliruan itu mendorong Burcaw menulis penjelasan dalam akhbar The Morning Call beberapa hari lalu.

“Sesetengah orang mungkin mempunyai masalah menilai gadis yang sebenarnya masih berupaya kelihatan cantik walaupun berpacaran dengan lelaki berkerusi roda.

“Sering kali kekasih saya ditanya jika dia adalah jururawat saya. Pernah sekali, ada orang bertanyakan sama ada Anna adalah adik atau kakak saya.

“Kami akhirnya lali dengan situasi sedemikian dan sentiasa mencari cara untuk membalasnya dengan jenaka,” tulisnya.

Pengalaman itu membentuk persepsi baru kepada Burcaw dan Anna.

“Kebanyakan orang cepat membuat kesimpulan salah apabila melihat seseorang berkerusi roda,” katanya.

Kini pasangan itu lebih bersedia untuk menjelaskan kepada orang lain jika ditanya mengenai soalan sama.

Anna akan menjawab: “Dia bapa saya,” manakala Burcaw pula memberitahu: “Ya, saya membayar wanita ini untuk menjadi rakan saya.” – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=_EAoyWj46W8

Tags: kekasih
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Promosi Dadah Di Facebook Ditangkap

Next Post

Lelaki Salah Guna Aplikasi Wanita

Related Posts

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

17/01/2025
0

Sungai Petani : Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki 'pisau cukur', seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya. IKUTI...

Tiga Remaja Didakwa Culik Kanak-kanak

Penjual Buah Didakwa Bunuh Kekasih

27/12/2023
0

KLANG - Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya, dua minggu lepas....

Next Post

Lelaki Salah Guna Aplikasi Wanita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd