• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Diri Tak Pandai B Inggeris, Keluarga Dapat Pampasan

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Mahkamah Agung memutuskan keluarga pekerja yang membunuh diri selepas mengalami kemurungan disebabkan tidak berupaya belajar bahasa Inggeris berhak mendapat pampasan.

Mahkamah mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang tidak mengiktiraf kematian lelaki itu, dikenali sebagai Oh, sebagai kemalangan industri dan memutuskan dia berhak menerima pampasan daripada kerajaan.

Keluarga lelaki itu memfailkan saman ganti rugi kepada kerajaan selepas Oh melompat dari bangunan tingkat 10 di Yeouido, Seoul ketika minum kopi bersama dua rakan sekerjanya pada 29 Disember 2008.

“Oh membunuh diri kerana murung akibat gagal melaksanakan tugas yang memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris.

“Keputusan mahkamah rendah terkhilaf apabila gagal melihat kaitan tindakannya itu dengan tekanan akibat kerja,” kata penghakiman itu.

Oh bekerja sebagai pengurus di syarikat pembinaan tempatan. Pada Julai 2008, dia ditawarkan pergi ke Kuwait bagi memantau pembinaan kilang minyak.

Dia mendapati semua urusan perniagaan harus menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan dia mula murung.

Kemurungannya semakin teruk selepas syarikat menghantar dia membuat lawatan awal 10 hari pada Oktober.

Dia mendapat rawatan perubatan dari pelbagai institusi sejak Julai, dan didiagnosis sebagai mengalami ‘kemurungan yang teruk’ yang mengakibatkan sakit dada, kesukaran tidur, sakit perut dan cirit-birit.

Menurut catatan doktor: “Dia mengalami tekanan hebat kerana tidak pandai berbahasa Inggeris dan bimbang kekurangannya itu merosakkan kerjayanya, imej syarikat dan reputasinya sendiri.”

Lima bulan kemudian, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus, tetapi menolak kerana tidak mampu berbahasa Inggeris. Dia tidak dihantar ke luar negara sebaliknya diminta berpindah ke pejabat lain bermula 1 Januari 2009.

Sehari sebelum dia membunuh diri pada 28 Disember 2008, Oh memberitahu isterinya dia hilang keyakinan dan berkata, “Ketua jenis apa saya ini? Saya mahu mati. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=ijzgntNdeKE

Tags: Bahasa Inggerisbunuh diri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd