NAMPAKNYA dukun Raja Bomoh Malaysia sudah kembali!! Kali ini, bomoh yang mendakwa dirinya Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilihat bermain golf di hadapan kompleks Penjara Sungai Buloh.
Daripada cerita yang kami dengar, Ibrahim kononnya mengetahui bahawa ada pihak tertentu menghantar kuasa ghaib ‘Hantu Raya’ ke penjara itu untuk membunuh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kalau dilihat dari mata kasar pun, sudah boleh tahu bahawa Ibrahim ini sudah agak hilang akalnya yang waras tetapi dahagakan publisiti murahan.
MENARIK – Kes QZ8501 : Bukan ‘Standard’ Kami Guna Khidmat Bomoh! ÂÂ
Dia membuat kemunculan pertamanya pada Mac tahun lepas apabila konon-konon hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada ketika itu.
Ibrahim membawa kumpulannya sehelai tikar mengkuang dan dua biji buah kepala kemudian menjalankan ritualnya di KLIA di hadapan ratusan lensa kamera yang merakamkannya.
Kali ini di hadapan penjara Sungai Buloh, dia bermain golf pula… Tetapi yang dipukulnya ialah limau nipis.
Mungkin Ibrahim tahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah bermain golf sebelum ini dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama, mungkin itulah yang cuba ditiru Ibrahim.
Ada betul juga kata orang, bomoh ni kebanyakannya penipu. Entah apa matlamat dan publisiti yang cuba diraih oleh Ibrahim dengan ritual sebegitu.
Difahamkan sebelum memukul buah limau berkenaan, Ibrahim duduk di atas kawasan tar di hadapan pintu masuk ke penjara berkenaan sambil membacakan doa sebelum memukul limau berkenaan.
Pihak polis yang menjaga laluan masuk ke penjara berkenaan sibuk merakamkan gelagat bomoh yang gilakan publisiti murahan ini.
– MYNEWSHUB.CC
Aksi Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Di KLIA Tahun LepasÂÂ


