• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamatkan 2 Beranak Daripada Maut

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Tangga Batu menyelamatkan seorang ibu dan anak perempuannya yang terperangkap dalam asap tebal apabila sebuah rumah kedai di Tanjung Kling di sini terbakar awal pagi Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5 pagi.

Katanya 13 anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian dapat menyelamatkan ibu berkenaan yang berumur 47 tahun dan anak perempuannya, 18 tahun yang menyewa di tingkat atas rumah kedai itu. Mereka dihantar ke Hospital Melaka dan dirawat sebagai pesakit luar akibat terhidu asap.

Mangsa, Rosidah Jaafar, seorang pembantu pengurusan murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Lereh berkata beliau tersedar apabila terhidu bau hangit dan sebaik melihat melalui pintu rumahnya, beliau mendapati pasar mini di bahagian bawah rumah kedai itu sedang terbakar.

“Saya dan anak saya tak dapat turun kerana asap tebal namun sempat menelefon bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau mula menyewa rumah yang berada di tingkat atas rumah kedai itu awal bulan lepas. Suaminya bekerja di Johor Baharu.

Dalam satu lagi kejadian, seorang pemilik bengkel kenderaan kerugian RM300,000 apabila premisnya di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga di sini musnah dalam kebakaran pukul 2 pagi.

Pemilik premis David Heng, 30, berkata beliau menerima panggilan jirannya mengenai kebakaran itu dan apabila tiba di bengkel itu, api telah marak bermula dari luar bengkel hingga ke dalam.

Dua buah lori satu tan, tiga buah motosikal dan sebuah kereta di dalam bengkel itu musnah dijilat api,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata bengkel tersebut mula beroperasi sejak 1999 dan diambil alih olehnya sejak tujuh tahun lepas.

Mohd Hafidzatullah berkata 20 anggota bersama tiga buah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.02 pagi dan dapat mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=xgkKM8yuIpw

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd