Bermula hari ini, berita-berita terkini di portal Mynewshub berpindah ke ruangan atas, bersebelahan dengan kolum utama dan sensasi.
Perubahan dilakukan berdasarkan maklum balas pembaca yang mana ramai tidak perasan bahawa portal ini juga menghidangkan semua berita terkini.
Kedudukan berita tersebut sebelum ini adalah setelah kolum utama dan sensasi berakhir, yakni di bahagian yang paling bawah.
Ia kini diletakkan di bahagian selepas ruangan artis dan dinamakan kembali sebagai Berita Hari Ini.
Diharap, para pembaca akan memberikan sokongan atas perubahan yang dibuat ini.
TERIMA KASIH


