• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Terengganu Gesa Kerajaan Kawal Harga Rumah

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) hari ini menyuarakan kebimbangan berikutan trend kenaikan harga rumah yang terus melambung tinggi di negeri ini sekali gus menyukarkan golongan itu untuk memiliki rumah sendiri.

Pengerusinya, Zaidi Muda berkata kerajaan perlu memikirkan kaedah tertentu untuk mengawal harga rumah agar berada dalam lingkungan mampu milik untuk golongan belia agar hasrat kerajaan memberi kehidupan selesa kepada semualapisan rakyat akan tercapai.

“Bagi anak-anak muda, rumah merupakan keperluan utama apabila mendirikan rumah tangga, namun apabila harga yang tidak terkawal di pasaran, mana mungkin generasi belia mampu miliki rumah dengan harga yang mahal.

Warga belia bimbang apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mula dikuatkuasakan April depan, harga rumah akan menjadi lebih mahal berikutan pelaksanaannya merangkumi bahan pembinaan yang dikhuatiri memberi impak terhadap harga rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Harga rumah yang ditawarkan di Terengganu ketika ini adalah hampir sama nilainya dengan harga rumah di Lembah Klang dan ia antara faktor penyebab terdapat lebih dari satu keluarga yang tinggal bersama dalam sebuah rumah.

Walaupun kerajaan turut memperkenalkan pelbagai skim perumahan dengan harga mampu milik, jumlahnya tidak mencukupi untuk menampung permintaan rumah ketika ini terutama di bandar seperti Kuala Terengganu dan Kemaman, katanya.

Zaidi berkata MBNT berterima kasih atas semua usaha yang telah dilakukan kerajaan setakat ini dalam aspek pemilikan rumah untuk golongan belia, namun pada masa sama berharap ada satu tindakan drastik untuk menangani kenaikan harga rumah yang terlalu tinggi.

“Oleh sebab itu, saya menyarankan agar kerajaan dapat mengawal harga rumah seperti menjadikan ianya seperti barang kawalan atau apa saja undang-undang yang boleh dibuat bagi menyekat pemaju dari mengambil untung yang berlipat kali ganda,” katanya. – BERNAMA

Tags: beli rumahBelia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd