• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awasi Kegiatan Anak-Anak Elak Terlibat Kegiatan Berbahaya

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ibu bapa dinasihati agar sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dengan aktiviti kumpulan berbahaya seperti kumpulan militan IS dan golongan pemisah Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata sudah ada golongan muda di negara ini terpengaruh dengan kegiatan kumpulan berkenaan dan kini berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Keberkesanan mereka merekrut anak-anak muda untuk terlibat dengan perjuangan palsu sangat membimbangkan. Sehingga kini ada beberapa anak muda kita yang bukan sahaja menyertai mereka sebagai kumpulan sokongan di wilayah IS tetapi juga terlibat secara langsung dalam operasi ketenteraan seperti pengebom berani mati.

“Mengambil iktibar daripada pengalaman negara-negara jiran, gerakan kumpulan pemisah ini juga patut diberi tumpuan dan perhatian serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberi jaminan badan pengawas atau unit risikan daripada polis dan tentera berkeupayaan untuk memantau pergerakan kumpulan itu dan tidak akan membiarkannya membesar sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Abdul Rahim berkata kegiatan kumpulan seperti ini jika tidak dibendung boleh menyebabkan konflik di dalam negara yang sudah tentu membuka ruang kepada pihak ketiga dari luar yang akan ‘menangguk di air yang keruh’ dengan campur tangan dalam urusan negara ini.

Katanya potensi ancaman kumpulan ini perlu dijelaskan dan disebarkan kepada anak muda remaja di sekolah kerana pada peringkat umur itulah mereka sangat mudah terpengaruh dengan sebarang elemen subversif.

Menurutnya peringatan kepada pelajar mengenai keseriusan ancaman kumpulan berkenaan dan mengapa perlu dijauhi boleh dibuat semasa perhimpunan mingguan atau dalam kelas sivik dan kenegaraan. – BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis 14 Tahun Dipercayai Terpengaruh IS Sebelum Memasuki Tahfiz

Next Post

Jasa Sabah Raikan Penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

Next Post

Jasa Sabah Raikan Penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd