• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya.. Caj Telco Yang ‘Membingungkan’ Dapat Perhatian?

oleh AK-47
25/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM pada isu harga barangan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, terdapat juga harga lain yang harus dipantau pihak berkuasa negara kerana ia turut membabitkan wang poket pengguna.

Malah, cabaran bagi memastikan hak pengguna dalam soal harga yang ini pasti lebih mencabar kerana ia melibatkan nilai ‘tersembunyi’ dan sukar dipantau pengguna sendiri — ia adalah caj dikenakan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan sering membingungkan.

Masalah membabitkan caj Telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia.

Jika dahulu rungutan yang sering diutarakan adalah “sedar-sedar kredit kena ‘telan’ padahal tak banyak panggilan atau mesej keluar dibuat”, kini antara yang popular adalah “kejap je kuota Internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”.

PELAN-47

Berbanding cara caj panggilan dikenakan Telco yang lebih mudah difahami dan dikira, kadar bayaran untuk penggunaan Internet yang ditawarkan dalam pelbagai pelan sukar difahami kebanyakan pengguna.

Maka mereka hanya mampu ‘reda’ apabila dimaklumkan data Internet yang dilanggan sudah mencecah kuota walaupun jauh di sudut hati mereka tidak percaya dan rasa macam ditipu bulat-bulat oleh Telco.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Itu belum disentuh bab mutu perkhidmatan yang jarang konsisten termasuk dari segi kelajuan Internet mahupun kawasan boleh akses!

Sebagai bukti masalah berkaitan Telco sudah lama dipendam rakyat negara ini, lihat saja keputusan hasil tinjauan dilakukan Mynewshub di mana, 98 peratus atau 1,932 pengundi bersetuju bahawa Syarikat Telekomunikasi Negara Ini Kuat Menipu!

BACA: Tinjauan: 98% Setuju Syarikat Telco Negara Ini Kuat Menipu!

Bagaimanapun, bukan hanya tinjauan di atas sahaja yang telah dibuat Mynewshub untuk menaikkan isu ini agar mendapat perhatian ramai.

Di bawah adalah laporan lain yang telah dimuatkan oleh Mynewshub sejak awal tahun lalu berkaitan permasalahan ini.

BACA: Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan PPIM
BACA: Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu – PPIM
BACA: Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

Kini ternyata, isu berkaitan caj Telco di Malaysia yang sering membingungkan pengguna telah mendapat perhatian pihak sewajarnya.

Terbaru, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan kelmarin, kementeriannya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun berikutan penurunan harga minyak dunia.

Susulan itu jamin beliau, satu rundingan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat dengan pihak Telco di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Ini sudah pasti satu berita yang cukup melegakan namun pada masa sama, usahlah kita melonjak kegembiraan terlalu awal selagi keprihatinan terhadap masalah melibatkan pengguna dengan Telco ini benar-benar dibuktikan.

Sekadar selingan, di bawah kami paparkan printscreen komen pembaca Mynewshub berkaitan perkara ini yang menunjukkan, pengguna sudah mula hilang rasa percaya.

Fullscreen capture 2242015 60305 AM

Justeru jika rundingan demi rundingan yang dilakukan selepas ini akhirnya masih tidak menampakkan kesan positif buat pengguna, kami rasa mungkin dah tiba masa untuk pihak berkuasa berkaitan menggunakan kuasa yang ada untuk memaksa Telco berhenti menindas pengguna, betul tak?

BACA: Caj Telekomunikasi: PPIM Gesa SKMM ‘Disiplinkan’ Industri

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: isu penggunakuota internetTelco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd