• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,500 Anggota Polis Kawal Sambutan Thaipusam

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seramai 1,500 anggota polis ditugaskan bagi mengawal kelancaran sambutan Thaipusam di sekitar Jalan Kebun Bunga dan Jalan Air Terjun di sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata kehadiran anggota polis adalah bagi mengawal keadaan trafik dan keselamatan orang ramai.

Beliau berkata mereka bertugas 24 jam sempena perayaan tiga hari itu bermula semalam.

“Setakat ini keadaan trafik agak perlahan, tetapi masih dalam kawalan,” katanya.

Sejak awal pagi, ribuan pengunjung termasuk pelancong asing membanjiri kawasan tersebut bagi menyaksikan perarakan ‘kavadi’.

Thaiveegan berkata pihak polis menjangka lebih sejuta penganut agama Hindu dan pelancong akan membanjiri sekitar kawasan sambutan antaranya Jalan Kebun Bunga, Jalan Air Terjun, Taman Botani dan Jalan Gottlieb.

Sementara itu beliau berkata polis masih menyiasat 33 lelaki yang disyaki merancang untuk menimbulkan kekecohan ketika perayaan Thaipusam.

“Sekiranya mereka tiada kaitan sebarang jenayah, mereka akan dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu baru dibentuk dan polis sedang menyiasat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap lain.

Individu berkenaan yang berumur antara 17 dengan 28 tahun ditahan Selasa lepas di pusat-pusat hiburan sekitar sini kerana disyaki merancang untuk menimbulkan kekecohan semasa Thaipusam. – BERNAMA

Tags: Thaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd