• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga WP Disaran Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran supaya mengibar bendera Wilayah Persekutuan bagi menyemarakkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah pada 1 Februari.

“Saya berharap semua warga di Wilayah Persekutuan mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di bangunan kerajaan, rumah kediaman, bangunan komersial jalan protokol serta tiang lampu di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi menyemarakkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

“Kita harus mencontohi negara jiran Indonesia di mana rakyatnya mengibarkan bendera sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia bagi menunjukkan semangat cintakan negara. Semangat ini patut disemai di kalangan rakyat Malaysia,” kata Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pemberita selepas menghadiri Program Langkah Ceria @ Putrajaya di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini, hari ini.

Beliau berkata, ‘Wilayahku Ceria’ adalah tema sambutan tahun ini yang berasaskan kepada rasa kekitaan, yang juga mengetengahkan elemen perpaduan bagi memupuk semangat toleransi serta mengaspirasikan Wilayah Persekutuan sebagai kejiranan komuniti yang ceria, bersih dan indah.

Tengku Adnan berkata, sambutan kali ini dibuat secara sederhana berikutan langkah penjimatan.

“Kita berharap peruntukan boleh digunakan untuk program lain apabila ada keperluan,” katanya.

Lebih 5,000 orang termasuk pelajar sekolah membanjiri Dataran Putrajaya hari ini bagi memeriahkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Pesekutuan dan Program Langkah Ceria sempena sambutan.

Dua jarak laluan yang bermula dari Dataran Putrajaya disediakan iaitu ‘Langkah Santai’ (sejauh 3 kilometer) dan ‘Langkah Cergas’ (sejauh 5 kilometer) di sekitar Putrajaya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhshan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat. – BERNAMA

Tags: Hari Wilayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Orang Politik Dalam Senarai Pingat Hari Wilayah

17/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah berpendirian tidak akan mengesyorkan sebarang nama mereka yang terlibat dalam politik bagi penganugerahan darjah kebesaran...

Agong Yakin Kerajaan Ada Kaedah Bantu Rakyat

03/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yakin kerajaan dapat mengadakan kaedah baharu dan berinovatif bagi bantu rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd