• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akhirnya Bersanding 31 Januari Ini

oleh AK-47
22/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIUJI dengan pelbagai kontroversi berkaitan perkahwinan mereka, nampaknya tidak mematahkan semangat pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk merasai sendiri pengalaman bersanding buat pertama kali yang bakal berlangsung 31 Januari ini.

Lebih meriah, persandingan yang bertempat di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah ini bakal disempurnakan dengan pelbagai adat termasuk paluan kompang.

4aerilwawabersanding 1aerilwawabersanding (1) 6aerilwawabersanding

Oh ye, sebenarnya majlis persandingan selebriti popular ini diadakan sempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF) sekaligus mengangkat mereka sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

“Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.

“Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.

“Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang-orang yang tidak kami kenali,” kata Aeril seperti yang dipetik dalam Murai.

Pada masa sama, Aeril dan Wawa akui sedikit gementar dan malu untuk bersanding atas pelamin buat pertama kalinya apatah lagi mereka sudah memiliki seorang anak.

Begitu pun, rasanya ramai peminat hiburan yang tidak sabar ingin menyaksikan persandingan mereka meskipun diadakan demi sebuah festival perkahwinan.

Bagi yang berminat untuk menghadiri festival perkahwinan ini, ianya akan bermula 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.

MINWEF adalah festival perkahwinan berkonsepkan One-Stop Wedding Centre yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan berkaitan termasuk perkhidmatan fotografi, katering dan kelengkapan perkahwinan. -MYNEWSHUB.CC

Video Jom Lihat Kemesraan Aeril Dan Wawa Zainal

Tags: Artis KahwinWawa Zainal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tasha Shilla Sah Milik Muhammad Atiq

28/02/2020
0

PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd