• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Khas Cegah Militan Dibentang Mac Ini

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Satu rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan di Parlimen, Mac ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata langkah itu diambil susulan daripada perbentangan Kertas Putih “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun lalu.

“Selain itu pindaan terhadap undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Hasutan (1984) turut akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 9 Mac ini,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bagi bulan Januari di sini hari ini.

Beliau berkata rang undang-undang itu amat perlu agar kerajaan mempunyai kemampuan yang lebih ampuh untuk menghadapi ancaman pada bila-bila masa.

Katanya kerajaan memandang serius ancaman-ancaman itu dengan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan ini.

“Saya berharap kita semua berwaspada dan menjauhi anasir-anasir yang boleh menganggu-gugat keharmonian dan keamanan yang kita rasai sekarang,” katanya.

Mengulas mengenai pindaan Akta Hasutan dan Sosma, Nancy berkata ia masih di tahap perbincangan dan belum diperhalusi lagi.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST) yang dibangunkan oleh BHEUU diwujudkan secara dalaman bagi Modul Kebankrapan dan Modul Perakaunan.

Katanya pembangunan INSIST turut mendapat khidmat rundingan daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menguruskan sistem kebankrapan dan likuidasi yang bersepadu serta menjadi sumber rujukan utama maklumat kebankrapan dan penggulungan syarikat.

“Fasa 2 pembangunan INSIST akan diteruskan dengan pembangunan Modul Perkhidmatan dan Integrasi INSIST antara agensi kerajaan lain,” jelas beliau. – BERNAMA

Tags: Nancy Shukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Nancy Bidas Guan Eng Gelar Rakyat Sarawak Pengemis

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd