• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubat Nyamuk Tidak Berdaftar Berleluasa Di Utara

oleh Ahmad Albab
28/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pertanian mengesan berlaku penjualan tiga produk lingkaran nyamuk tidak berdaftar secara berleluasa di kedai runcit di utara semenanjung Malaysia terutama di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang waktu ini.

Jabatan Pertanian dalam satu kenyataan memberitahu, tiga produk dari China terbabit adalah Tian Hing Mosquitoes Coil dan Lengen Mocro-Smoke 12 Hours (HY Touba) yang didapati dijual secara terbuka.

“Dalam pemeriksaan yang dijalankan sepanjang September hingga Disember 2014, penguatkuasa Jabatan Pertanian telah merampas sebanyak 11,547 kotak lingkaran nyamuk yang tidak berdaftar bernilai RM23,094.

“Penjualan lingkaran nyamuk tidak berdaftar salah dibawah seksyen 20(3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974, manakala mereka yang memiliki atau menggunakan lingkaran nyamuk tidak berdaftar melakukan kesalahan dibawah seksyen 53A(1)(a) di bawah akta yang sama,” kata keyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat banyak produk lingkaran nyamuk yang berdaftar di pasaran bagi tujuan menghalau atau membunuh nyamuk yang telah dinilai tahap keberkesanan dan selamat untuk digunakan dengan cara penggunaan yang ditetapkan di dalam label.

Manakala, bagi lingkaran nyamuk yang tidak berdaftar, keberkesanan dan kesesuaian penggunaan serta kesan sampingan ke atas penggunaannya adalah tidak diketahui kerana ia tidak dinilai dan diluluskan.

“Jabatan Pertanian mengharapkan kerjasama orang ramai membanteras penjualan lingkaran nyamuk tidak berdaftar ini. Sekiranya mempunyai sebarang maklumat sila laporkan kepada Jabatan Pertanian untuk tindakan lanjut” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: kesihatanRacun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Agaknya Jejaka Sado Yang Disandar Izreen Azminda Tu?

Next Post

Kes Denggi Terus Meningkat, Kematian Diramal Bertambah

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Harga Racun Naik 199 peratus

02/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mendedahkan harga racun serangga meningkat sehingga 199 peratus, iaitu daripada RM66...

Next Post

Kes Denggi Terus Meningkat, Kematian Diramal Bertambah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd