Biarpun belum ada pengesahan rasmi mengenai identiti mayat yang memakai pakaian seragam pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata dia dan wakil syarikat itu akan menemani keluarga pramugari itu dari Surabaya hingga ke kampung halamannya.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tony menerusi akaun Twitternya semalam.
Ramai yang melahirkan keyakinan mayat itu adalah jenazah pramugari Khairunnisa Haidar Fauzi kelahiran Palembang berdasarkan tag nama yang tersemat pada pakaian itu serta jam tangan berjenama Alexander Christie yang dipakainya.
Khairunnisa merupakan salah seorang daripada dua pramugari yang berada dalam pesawat ketika ia terhempas bersama 162 lagi penumpang dan anak kapal di perairan berhampiran Pangkalan Bun.
Menerusi media Indonesia sebelum ini, keluarga pramugari itu sudah pasrah jika puteri bongsu daripada tiga beradik itu disahkan meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Xhw_74Kkbv4
Oleh: ELZA


