• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Bagi ‘Last Warning’ Pada Akhbar Tabloid

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya terima keputusan berikut tetapi tidak semestinya saya bersetuju atau hormati keputusan yang diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

Demikian tegas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung keputusan FAM berkenaan isu membabitkan pemain baharu Johor Darul Takzim (JDT), Gary Steven Robbat.

Justeru, baginda menyelar laporan sebuah akhbar tabloid tempatan kononnya baginda menghormati keputusan FAM mengenakan denda RM100,000 ke atas Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan RM50,000 ke atas Gary.

“Inilah mengapa perlunya kami (PBNJ) mempunyai laman sosial dan laman web rasmi yang diuruskan secara profesional, agar tidak ada media cetak mahupun elektronik boleh memutarbelitkan sebarang kenyataan saya.

“Saya terima keputusan berikut (status Gary) tetapi tidak semestinya saya bersetuju atau hormati keputusan diambil FAM berkenaan isu berkaitan seperti yang telah dilaporkan,” titah baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

Tegas Tunku Ismail, baginda berpandangan laporan akhbar itu tidak bertanggungjawab dan beretika kerana tidak merujuk kepada baginda terlebih dahulu.

“Ini merupakan amaran saya yang terakhir kepada pihak media di mana saya akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada lagi laporan yang memutarbelitkan kenyataan saya,” titah baginda.

Tunku Ismail menambah, tanggungjawab media adalah menyebarkan laporan tepat berdasarkan kajian dan fakta yang menyeluruh bukan sekadar mencipta cerita berunsur gosip semata-mata untuk mendapatkan rating yang tinggi. -MYNEWSHUB.CC

Tags: akhbarTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd