• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Negara Kuala Tahan Dibuka Kepada Pelancong Pada Feb

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Kawasan peranginan Taman Negara Kuala Tahan yang terjejas banjir baru-baru ini, hanya akan dibuka kepada pelancong dua minggu lagi selepas selesai kerja pembersihan dan baik pulih kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata ketika ini banyak pengusaha dan pemilik resort di kawasan berkenaan terpaksa menutup operasi buat sementara waktu bagi memulih dan mengindahkan semula kawasan yang terjejas.

“Kita juga sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengindahkan semula kawasan berkenaan dan kawasan tumpuan pelancongan yang terjejas di negeri ini akibat banjir.

“Selain proses mengindah dan membersihkan kawasan peranginan, kita juga sedang mangaudit jumlah kerugian premis milik kerajaan dan akan mencari mekanisme terbaik bagi membantu pengusaha pelancongan yang mengalami kerugian ekoran bencana banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program misi gotong-royong pasca banjir di Taman Negara Kuala Tahan di sini semalam, anjuran Pelancongan Pahang.

Turut hadir, Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Datuk Ishak Mokhtar, Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Pahang (PPPP), Datuk Shahariman Hamdan dan Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, Superintendan Noor Hisyam Nordin.

Kira-kira 150 sukarelawan dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan termasuk anggota persatuan PPPP, PGA serta penduduk kawasan terbabit dalam program gotong-royong, dua hari itu.

Mohd Sharkar dalam pada itu berkata industri pelancongan Pahang mungkin terjejas sepanjang tempoh beberapa bulan ini memandangkan banyak pusat pelancongan terpaksa ditutup bagi proses baik pulih.

“Selain memerlukan masa untuk membaik pulih chalet dan inap desa yang terbabit, pelancong juga mungkin telah memilih destinasi pelancongan lain.

“Namun, saya percaya keadaan ini tidak akan berterusan dan kedatangan pelancongan akan meningkat kembali selepas keadaan pulih seperti sedia kala,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Sharkar berkata selain Taman Negara, usahawan industri kraftangan di negeri ini juga turut terjejas.

“Dianggarkan usahawan kraftangan di empat daerah iaitu Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin mengalami kerugian kira-kira RM275,500 dalam bencana berkenaan.

“Kita berharap Kementerian Pelancongan dapat mengadakan insentif kepada pengusaha kraftangan ini supaya mereka boleh menjalankan semula perniagaan seperti sedia kala,” katanya. – BERNAMA

Tags: PahangPelancong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk ‘Kampung Lemang’ Kembali Mulakan Perniagaan

Next Post

Miley Cyrus Cetus Kontroversi Lagi, Tayang Gambar Bogel

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

Miley Cyrus Cetus Kontroversi Lagi, Tayang Gambar Bogel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd