BUKAN sekali dua kali kita dengar tentang kes pecah kereta yang berlaku di kawasan perumahan, cuma apa yang liciknya taktik digunakan oleh penjahat ini semakin hari semakin advance.
Terbaharu, gambar yang dikirimkan kepada Mynewshub jelas menunjukkan bagaimana sebuah kereta dipecahkan cermin sisinya, dipercayai berlaku di Bandar Tun Razak, Cheras.
Modus operandi malaun durjana ini dilakukan  dengan memecah kereta ketika hujan, di kala orang tak ada dan kurang perasan.
Bunyi cermin yang dipecahkan pasti tidak perasan ketika hujan bukan?
Target mereka adalah kereta-kereta lama kerana tidak ada penggera keselamatan yang bakal berbunyi jika kereta dipecah.
Barangan yang dicuri termasuklah bateri kereta, smart tag dan lain-lain barangan berharga yang ditinggalkan pemilik kereta.
Buat anda yang mempunyai kereta lama, sila pastikan kenderaan tidak dipakir begitu jauh dari pemerhatian dan apa salahnya jika gunakan penggera keselamatan.
Lebih baik mencegah daripada terkena bukan?
Dalam dunia ini pelbagai taktik kotor digunakan untuk menjayakan pelbagai jenayah. Maka berhati-hatilah sentiasa!
Oleh: hzqahmd