• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Haji Peruntukkan RM3.2b Untuk Bonus 2014

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2014 merangkumi 6.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 2 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.2 bilion, meningkat 23 peratus berbanding tahun 2013.

Ia akan dimanfaatkan oleh hampir 8.6 juta akaun pendeposit TH yang aktif.

“Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.6 bilion pada 2013, peningkatan 2.4 peratus.

“Prestasi ini menunjukkan peningkatan lebih lima kali ganda keuntungan sejak tahun 2006,” katanya dalam sidang media mengumumkan prestasi kewangan TH hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail berkata untuk tahun ini, TH akan lebih memfokuskan kepada pelaburan dalam negara berikutan ketidaktentuan pasaran luar negara.

“Kami melakukan pelaburan berasaskan lokasi aset tertentu kami, dan saya percaya apa yang berlaku hari ini dengan kejatuhan nilai ringgit dan penurunan harga minyak mentah, kami perlu mengalih tumpuan pelaburan kami ke pasaran domestik tahun ini.

“Kami akan cuba untuk tidak membuat aliran keluar dana dan pelaburan domestik kita ditumpukan terutamanya bagi ekuiti, sekuriti hutang, syarikat-syarikat amanah pelaburan hartanah (REITs), dan pasaran wang dan instrumen kewangan,” katanya.

Ismee berkata pelaburan aset di luar negara TH telah menyumbang kira-kira lima peratus kepada jumlah hasil pada tahun lepas.

Tahun lepas, pendapatan TH berjumlah RM3.29 bilion, rendah sedikit daripada RM3.73 bilion yang dicapai pada tahun 2013.

Berhubung proses pembinaan Kompleks Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Ismee berkata ia dijangka siap pertengahan 2016. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd