• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Hamid Juga Tak Pernah Hantar Apa-Apa Surat Kepada FBI

oleh AK-47
24/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui tidak pernah mengutus apa-apa surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, kali ini bekas Menteri Dalam Negeri sebelumnya juga memklumkan beliau tidak pernah berbuat begitu.

Laporan Malaysiakini menyebut, Tan Sri Syed Hamid Syed Albar berkata beliau tidak pernah menulis surat kepada badan itu ketika menjawat jawatan berkenaan.

“Ketika saya bertugas, saya tidak menulis apa surat pun kepada FBI,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri majlis menandatangangi MoU melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

BACA JUGA – Hishammuddin Nafi Pernah Hantar Surat Kepada FBI

Pada 20 Januari lepas, Hishammuddin juga menafikan perkara sama iaitu beliau tidak pernah menghantar apa-apa surat untuk sokongan bagi mana-mana pihak.

“Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan,” kata Hishammuddin.

Menteri Dalam Negeri ketika ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini membuat kenyataan bahawa tindakan beliau mengutus surat sokongan kepada FBI bukanlah satu isu kerana menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga ada menulis dan mengeluarkan surat penjelasan seperti itu.

“Berdasarkan kuasa kepada menteri saya menandatangani surat itu. Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama,” beliau dilaporkan berkata.

Ahmad Zahid baru-baru ini, mencetuskan kontroversi apabila suratnya kepada FBI tersebar di Internet.

Surat berkenaan adalah untuk menjelaskan kepada FBI bahawa seorang raja judi dari Malaysia, Paul Phua yang sedang menjalani tahanan rumah di Amerika Syarikat tidak terlibat dengan sebuah kongsi gelap yang dikenali sebagai 14K Triad.

Dalam surat itu juga, beliau berkata Paul Phua banyak terlibat dalam membantu kerajaan khususnya berkaitan keselamatan negara.

Kata Ahmad Zahid, surat beliau kepada FBI itu bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua, sebaliknya surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F. Giuliano pada 18 Dis tahun lepas itu, adalah untuk menjelaskan status pemain poker profesional tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Paul Phua Bermain Poker

http://youtu.be/0KJxlw6vqds

 

 

Tags: FBIZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd