• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sunway Lagoon Anjur ‘Walk & Hunt In The Wild’

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, taman tema Sunway Lagoon akan menganjurkan ‘Walk & Hunt in the Wild’, acara yang menggabungkan walkathon dan mencari harta karun, pada 22 Mac ini.

Acara itu bertujuan mendidik orang ramai tentang hidupan liar selain menggalakkan kebersatuan dalam kalangan rakan dan anggota keluarga, sambil mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti serta cabaran dalam program separuh hari itu.

Dalam kenyataan hari ini, Sunway Lagoon berkata acara di destinasi ria terulung Asia itu akan diadakan dari 7 pagi hingga 1 tengah hari.

Yuran penyertaan adalah RM68 setiap peserta dari umur tiga tahun dan ke atas.

Setiap pasukan boleh dianggotai antara empat hingga enam orang dan mereka digalakkan memasukkan penyertaan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak.

Pendaftaran ditutup pada 15 Feb atau apabila mencapai 150 pasukan.

Peserta boleh mendaftar secara dalam talian menerusi laman sesawang https://1xcess.com/registration/event/walk&hunt2015

Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah hebat daripada Sunway Resort Hotel & Spa, Lost World of Tambun, Lost World Hotel dan Sunway Lagoon bernilai lebih RM14,000. – BERNAMA

Tags: Sunway Lagoon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahun Baru Cina: Pos Malaysia Yakin Kad Ucapan Masih Relevan

Next Post

Polis Kuching Rampas Dadah Bernilai RM357,450

Related Posts

Guns N’ Roses Gegar Sunway Lagoon

12/09/2018
0

DUA tahun lalu sejarah tercipta di kelab Troubadour di West Hollywood, Los Angeles, apabila ia menjadi gelanggang eksklusif gabungan semula...

Kes Anak Diganggu: Sunway Lagoon Masih Selamat

20/02/2018
0

SUBANG JAYA - Pihak pengurusan taman tema air Sunway Lagoon mengeluarkan kenyataan berhubung insiden pelakon Filipina yang mendakwa dua anak...

Next Post

Polis Kuching Rampas Dadah Bernilai RM357,450

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd