• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Telekomunikasi Di Kelantan Mesti Pulih Jumaat Ini

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA KRAI – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah meminta semua perkhidmatan sistem telekomunikasi di Kelantan yang terjejas akibat banjir buruk baru-baru ini dipulihkan sepenuhnya pada Jumaat ini.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu diputuskan pada pertemuan dengan semua pembekal perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis dan DiGi di sini hari ini.
“Saya telah meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada semua pembekal telekomunikasi ini agar semua perkhidmatan mesti dipulihkan sepenuhnya pada Jumaat ini.
“Ketika taklimat bersama pembekal perkhidmatan telekomunikasi ini, mereka telah memaklumkan sehingga semalam perkhidmatan itu telah dapat dipulihkan di negeri ini sehingga 75 hingga 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas
melawat dua stesen pemancar komunikasi selular di bandar ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat dan Sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tengku Zaib Raja Ahmad.
Ahmad Shabery berkata cabaran besar syarikat perkhidmatan itu ketika banjir besar di negeri ini ialah stesen pemancar mereka telah ditenggelami air yang menyebabkan berlakunya kerosakan.
“Apabila rosak ia memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk pulih. Ada yang terpaksa bergantung kepada bateri yang bertahan untuk beberapa jam.
“Selepas itu terpaksa menggunakan set generator (genset) yang juga bertahan dalam tempoh enam hingga lapan jam jika minyak dieselnya penuh,” katanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan laporan berlakunya kira-kira 21 kes kecurian generator dan vandalisme terhadap sistem pemancar, dengan enam kes di Kelantan.
Tindakan itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana ia telah menyusahkan banyak pihak apabila terputusnya sistem telekomunikasi baru-baru ini, katanya.
Ahmad Shabery berkata beliau akan duduk semeja dengan semua syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk membincangkan langkah bagi menangani masalah apabila berlakunya bencana seperti ini pada masa hadapan.
“Kalau berlaku yang sama seperti elektrik terputus dan pemancar ditenggelami air, kami nak melihat apa pilihan lain yang kami ada. Perlu ada langkah yang lebih baik untuk tangani bencana.
“Kami mesti ada ukuran kesiapsiagaan nasional dalam menghadapi bencana ini. Ini aspek penting dalam sistem telekomunikasi,” katanya.
Beliau berkata apa penting adalah nyawa rakyat yang terputus hubungan, akibat kegagalan sistem komunikasi, untuk menghubungi mana-mana pihak ketika bencana.
“Kita tidak lagi mahu mendengar alasan syarikat telekomunikasi kepada pengguna dan sebab itu saya mahu sistem ini mesti dibaiki dalam tempoh yang munasabah,” katanya.
Menurutnya syarikat telekomunikasi menganggarkan kerugian bagi setiap stesen pemancar mereka yang musnah akibat banjir adalah RM300,000.
“Tetapi Alhamdulillah di Kelantan seperti di Gua Musang dan Kuala Krai baru-baru ini (ketika banjir) masih ada 20 peratus lagi yang belum terputus (sistem telekomunikasi),” katanya.
Terdapat 700 stesen pemancar telekomunikasi dianggarkan di Kelantan ketika ini. – BERNAMA
Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd