• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Rekod Kes Bankrap Tertinggi Pada Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).

Berdasarkan data yang dimiliki Jabatan Insolvensi, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nancy berkata peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013).

Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang telah meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes, katanya.

Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun tersebut.

Nancy berkata pekerja sektor swasta merupakan golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), professional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes), katanya. – BERNAMA

Tags: Nancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Nancy Bidas Guan Eng Gelar Rakyat Sarawak Pengemis

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd