• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Catat Kes Denggi Paling Tinggi Dalam Seminggu

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Selangor merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.

“Penyakit demam denggi makin meningkat kini. Di seluruh negara ia mencatat jumlah kes hampir 3,000 dalam tempoh seminggu namun daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan lebih 1,000 kes denggi,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 peringkat Parlimen Balik Pulau di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata kawasan yang merekadkan jumlah tertinggi wabak denggi di Selangor adalah di Petaling.

“Selangor merupakan satu kawasan urban (bandar), kerajaan tempatan perlu melihat semua sekali, perlunya penguatkuasaan di semua kawasan termasuk di kawasan-kawasan setinggan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dicadang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, Dr Hilmi berkata tidak perlu membuang masa untuk berpolitik.

“Jangan buang masa banyak sangat hendak berpolitik, kita ada pilihan raya lima tahun sekali, cukuplah lepas itu kita buat kerja untuk rakyat, fikirkan bagaimana hendak bangunkan negeri untuk rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata sebanyak 16 klinik musnah disebabkan banjir akan dibina semula.

Katanya 16 klinik yang musnah itu meliputi empat klinik di Terengganu, 11 di Kelantan manakala satu di Beaufort, Sabah.

Pada majlis itu, sebanyak 1,061 menerima bantuan BRIM yang bernilai antara RM350 dan RM250. – BERNAMA

Tags: denggiHilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd