• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedih…Makcik Tua Minta Tudung Ganti Plastik Di Kepala

oleh AK-47
02/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebak rasanya membaca perkongsian Raja Shamri menerusi akaun Facebooknya mengenai seorang makcik tua yang meminta tudung daripada pasukan sukarelawan yang datang membantu mangsa banjir di Kelantan, semalam.

Dek kerana kemusnahan harta benda akibat bencana itu, makcik yang menggunakan tongkat itu hanya menggunakan plastik  untuk menutup kepalanya.

Sedih...Makcik Tua Minta Tudung Ganti Plastik Di Kepala

Menerusi laporan penuh The Rakyat Post, salah seorang sukarelawan, Nik Zahrinawati Nik Zahari memberitahu makcik  itu pada mulanya melambai ke arah pasukan sukarelawan.

Selepas didekati, dia terus meminta sehelai tudung bagi menggantikan plastik di kepalanya.

Sedih...Makcik Tua Minta Tudung Ganti Plastik Di Kepala

“Benda pertama yang makcik itu minta ialah tudung. Kami ambil tudung dan bagi pada dia, dia terus buka plastik (yang disarung di kepala) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis di situ juga.

“Barang yang paling dia minta ialah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing dan dia juga minta telekung.

“Paling akhir dia minta, ayat dia ‘kalau ada sebutir dua beras, berilah’, dan kami bagi pada dia,” ceritanya.

Menurut Nik Zahrinawati lagi, makcik itu baru sahaja dibawa turun dari kawasan bukit di Kampung Karangan, Kuala Krai, petang semalam.

Bayangkan betapa berusahanya makcik menjaga aurat dan ibadahnya walaupun dalam keadaan sukar seperti itu.

Semoga makcik ini dan mangsa banjir yang lain diberikan ketabahan dalam menghadapi musibah besar ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

Tags: BanjirbencanaKelantansedih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd