• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ROS Tiada Halangan Bertemu Kumaar Aaman

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mempunyai halangan bertemu Datuk G. Kumar Aaman yang mengadakan mogok lapar di perkarangan agensi itu di sini, namun bukan atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung MIC, kata Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah.

“Memandangkan pertikaian pemegang jawatan peringkat pusat MIC ini masih belum diselesaikan seperti yang ditetapkan, ROS tidak dapat mengiktiraf beliau (Kumar Aaman) sebagai anggota CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) yang dilantik sebagai setiausaha agung yang baharu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kumar Aaman memulakan mogok lapar kira-kira 2 petang semalam sebagai membantah arahan ROS yang diterimanya pada Isnin, menyatakan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung MIC adalah tidak sah.

Kumar Aaman berkata beliau tidak akan makan sehingga Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan menyingkirkan Ketua Pengarah ROS.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Khamis, turut menyifatkan mogok lapar yang dilancarkan Kumar Aaman sebagai bukan sebahagian daripada budaya Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata bersemuka dengan ROS adalah lebih baik daripada melakukan mogok lapar untuk menyelesaikan kemelut MIC.

Pada 5 Disember lepas, ROS mengisytiharkan sebagai tidak sah dan batal pemilihan bagi jawatan tiga Naib Presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan semasa perhimpunan agung parti itu pada November 2013, dan mencadangkan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 90 hari.

Mengenai dakwaan terdapat penyelewengan oleh pegawai siasatan ROS, Mohammad Razin berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan sangat telus selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 serta berasaskan fakta dan keterangan yang diperoleh daripada semua pihak berkaitan termasuk daripada Jawatankuasa Pemilih yang terlibat dalam mengendalikan pemilihan.

Mengulas mengenai kemelut MIC itu, Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata adalah lebih baik pemilihan semula segera diadakan berbanding terus bertindak mencabar ROS.

Kamalanathan yang juga anggota CWC berkata beliau yakin keputusan ROS mengarahkan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula itu adalah berdasarkan siasatan terperinci yang perlu dihormati oleh semua pihak.

“Perkara ini sebenarnya mudah dan pada saya lebih cepat diselesaikan lebih baik…saya sendiri telah baca surat daripada ROS dan saya yakin mereka tidak akan membuat keputusan penting itu tanpa siasatan terperinci selama hampir setahun.

“Saya juga berharap Presiden (Datuk Seri G. Palanivel) dan Timbalan Presiden (Datuk Seri Dr S. Subramaniam) bertemu secepat mungkin untuk selesaikan perkara ini,” katanya yang ditemui pada pelancaran Jerayawara Pendidikan India (Minder), di sini pada Jumaat. – mStar Online

Tags: MICROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sengaja Nak Masuk Penjara Untuk Berniaga Dadah

Next Post

Kumaar Tamat Mogok Lapar Berikutan Permintaan Palanivel

Related Posts

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Next Post

Kumaar Tamat Mogok Lapar Berikutan Permintaan Palanivel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd