• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM26 Juta Untuk Program Desa Lestari Tahun Ini – Shafie

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM26 juta tahun ini bagi menggerakkan Program Desa Lestari (Desa Abad ke 21) di 15 kampung seluruh negara, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, kampung itu masing-masing dua di Kedah dan Sarawak dan masing-masing sebuah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Katanya bagi tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk melaksanakan program itu yang mengguna pakai sistem koperasi.

“Desa Lestari kita perkenalkan dua tahun lalu. Ia bukan hanya program yang melengkapkan kawasan luar bandar dengan prasarana-prasarana malahan membolehkan penduduk setempat menjana pendapatan melalui kegiatan ekonomi seperti program inap desa dan tanaman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan projek dan menandatangani perjanjian pelaksanaan program itu di Kampung Parit Bugis, di sini, hari ini.

Setakat tahun lalu, katanya KKLW memilih sebanyak 42 kampung untuk menjalankan program berkenaan dan daripada jumlah itu, 15 kampung sudah beroperasi sepenuhnya manakala bakinya dalam masih proses pelaksanaan.

Mohd Shafie berkata, secara purata, kebanyakan kampung yang melaksanakan program itu berjaya menjana pendapatan antara RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, hasil daripada pelbagai kegiatan ekonomi yang dilakukan.

“Oleh itu, ia secara umumnya telah meningkatkan pendapatan perkapita penduduk selain dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Ditanya adakah program sebegini dapat didominasi warga asing seperti yang berlaku di Cameron Highlands, beliau berkata ia tidak akan berlaku kerana sistem koperasi yang diguna pakai dalam program berkenaan hanya membenarkan orang tempatan menyertainya.

“Kita gunakan sistem koperasi sebab ia ada pengiktirafan, pengawalan dan pemantauan … tiap-tiap tahun ia (koperasi) akan mengadakan mesyuarat agung,” katanya.

Dalam isu lain, Mohd Shafie berkata nilai kerosakan prasarana yang terpaksa ditanggung kementeriannya akibat banjir di seluruh negara hanya akan dapat diketahui dalam jangka masa terdekat. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=IyhTEH3rXRE

Tags: KampungShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nik Aziz Tahajjud Di ICU – Sepupu Dasuki Bongkar Kisah Sebenar

Next Post

Facebook Tergendala, Jejaskan Pengguna Seluruh Dunia

Related Posts

Banjir Kilat Landa Beberapa Kampung Di P. Pinang

Banjir Kilat Landa Beberapa Kampung Di P. Pinang

01/07/2023
0

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di bahagian pulau negeri ini dilanda banjir kilat ekoran hujan tanpa henti sejak malam tadi....

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

Facebook Tergendala, Jejaskan Pengguna Seluruh Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd