• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Arab Saudi Rombak Kabinet, Pecat 2 Anakanda Abdullah

oleh
31/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Raja baharu Arab Saudi, Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, mengumumkan satu rombakan secara besar-besaran kepada barisan kabinetnya, seminggu selepas beliau mengambil alih takhta daripada kakandanya, almarhum Raja Abdullah.

Paling mengejutkan, Ketua Perisikan serta Majlis Keselamatan Negara telah diganti malah dua anakanda Raja Abdullah dipecat iaitu Putera Mishaal, gabenor Makkah dan Putera Turki, gabenor Riyadh, menurut laporan daripada stesen pemerintah Saudi TV.

Raja Salman membuat rombakan jemaah Kabinetnya secara mengejut pada Khamis dengan menyaksikan 31 menteri baharu dilantik termasuk Menteri Kebudayaan dan Penerangan, Menteri Pembangunan Sosial, Perhubungan dan Teknologi Maklumat.

Namun demikian, ramai menteri kanan masih diberi peluang untuk mengekalkan jawatan lama mereka termasuk Menteri Kewangan, Menteri Minyak dan Menteri Hal Ehwal Luar, lapor agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA) di sini.

Beberapa jam setelah kemangkatan Abdullah pada usia 90 tahun, Raja Salman, 79; melantik anakandanya, Putera Mohammed bin Salman sebagai Menteri Pertahanan, dan turut mengumumkan rombakan beberapa jabatan penting kerajaan.  

Ini termasuk Lembaga Pelabuhan Arab Saudi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dan polis hal ehwal agama Islam serta memecat Putera Khalid bin Bandar bin Abdul Aziz al-Saud daripada jawatan Ketua Perisikan Negara yang setaraf menteri.

Kerusi panas itu diganti Jeneral Khalid bin Ali bin Abdullah al-Humaidan ekoran kelemahan jentera pengintipan bagi menangani ancaman militan Islamic States (IS) yang berhasrat menawan Makkah sebelum memusnahkan Kaabah, kiblat umat Islam.

Turut dipecat Putera Bandar bin Sultan, sepupu Abdullah; daripada jawatan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara dan penasihat raja yang dipegang sejak 2005. Beliau sebelum itu ialah duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat selama 22 tahun.

Bagaimanapun, seorang lagi anakanda Abdullah, Putera Miteb kekal sebagai Menteri Pengawal Kebangsaan, yang memiliki kekuatan 200,000 anggota setaraf pasukan tentera manakala kementerian pendidikan dan pengajian tinggi digabungkan.

Baginda menamakan Azzam Mohammed al-Dakheel mengetuai kementerian super pendidikan dalam usaha menambah baik sistem pendidikan asas dan membina lebih banyak universiti untuk melahirkan ramai modal insan terbaik. – Agensi

Tags: Arab SaudikabinetMakkahMenteriRaja Salman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd