• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501 Mungkin Selamat Mendarat Atas Permukaan Air – Pakar

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika operasi mencari dan menyelamat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 masih diteruskan masuk hari kelima, beberapa pakar membuat andaian bahawa kapal terbang tersebut berkemungkinan berjaya membuat pendaratan cemas di atas permukaan air ketika kejadian.

Andaian tersebut turut menduga, pesawat tersebut bagaimanapun karam di dasar laut akibat dari situasi ombak besar kerana cuaca buruk pada hari kejadian.

Menurut rekod, pesawat Airbus A320-200 itu hilang dari radar ketika melintasi Laut Jawa ketika cuaca dilaporkan buruk dan gagal menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada menara kawalan trafik udara.

_79982161_79982160

“Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) akan tahan daripada sebarang impak atau tekanan, sama ada di daratan, laut, mahupun kawasan pergunungan, dan menurut analisis saya, ia tidak berfungsi kerana tiada hentaman kuat ketika pendaratan berlaku,” ujar pengarang kanan majalah penerbangan Angkasa, Dudi Sudibyo.

“Juruterbang berjaya membuat pendaratan di atas permukaan laut.”

Mengikut laporan, juruterbang pesawat QZ8501 telah meminta kebenaran untuk menerbangkan pesawat lebih tinggi iaitu pada aras 32,000 kaki bertujuan untuk mengelak dari awan yang membawa ribut petir.

Walaupun menara kawalan telah membenarkan pesawat tersebut untuk bergerak ke laluan kiri, namun ia tidak membenarkan QZ8501 untuk naik ke ketinggian yang diminta kerana terdapat pesawat lain pada aras tersebut ketika itu.

Mengikut andaian lain pula, enjin pesawat tersebut berkemungkinan mati secara tiba-tiba akibat penerbangan dibuat terlalu perlahan.

Walau bagaimanapun, teori-teori yang dibuat oleh pakar penerbangan masih belum jelas kerana tidak terdapat sebarang isyarat kecemasan yang dihantar.

_79990563_79990555

Ujar bekas komander udara, Cahappy Hakim kepada AFP pula, “Kesimpulan yang dapat saya katakan setakat ini adalah, pesawat tidak meletup di udara, ia juga tidak mengalami sebarang impak ketika ia mendarat di permukaan air, kerana jika kejadian berlaku sebaliknya mayat mangsa tidak akan ditemui dalam keadaan sempurna.”

Selain itu, bekas Menteri Pengangkutan Indonesia, Jusman Syafii Djamal juga yakin kerana penemuan pintu kecemasan pesawat yang terapung memberi petanda bahawa ‘seseorang telah berjaya membuka pintu tersebut’.

Katanya lagi, penumpang mungkin sedang menunggu pramugari mengembungkan rakit keselamatan, dan ombak besar telah menghempas ke pesawat berkenaan sebelum ia tenggelam.

Selain dari operasi SAR, tumpuan kini turut diberikan kepada pencarian kotak hitam pesawat bagi merungkai punca sebenar tragedi tersebut. Jika kotak hitam berjaya ditemukan, ia bakal mendedahkan secara terperinci perbualan juruterbang di dalam kokpit ketika kejadian berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

 

Berita Astro Awani Memaparkan Cerita Dari Rakan Pramugari Ketika Saat-Saat Akhir Bersama Mangsa QZ8501

 

Tags: AirAsiaAirAsia IndonesiaNahas PesawatQZ8501
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencarian QZ8501 Hari Ke-6: 17 Pesawat, 29 Kapal Terbabit

Next Post

Banjir: Jepun Beri Bantuan Kecemasan RM500 Ribu

Related Posts

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Next Post

Banjir: Jepun Beri Bantuan Kecemasan RM500 Ribu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd