• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganas Paling ‘Wanted’ Di Asia Tenggara Dipercayai Maut

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Khabar angin baharu timbul mengenai pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Zulkifli Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan dipercayai mungkin telah dikepung dan terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.

Agensi berita, The Philippines Daily Inquirer memetik komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melaporkan Marwan dan beberapa anggota pengganas Basit Usman mungkin maut dalam pertempuran dengan tentera dekat Cotabota pada petang Ahad.

Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 30 komando polis turut maut dalam pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan tentera Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ia adalah keganasan pertama sejak perjanjian damai yang diusahakan Malaysia pada tahun lalu.

Laporan tersebut memetik Mohagher Iqbal, ketua perunding MILF dalam rundingan damai sebagai mengesahkan pertempuran tersebut tetapi tiada mana-mana kumpulan yang memaklumkan jumlah anggota mereka yang terkorban.

Laporan terdahulu mengenai pertempuran itu masih samar.

Pada awalnya, tentera dan pegawai polis berkata komando milik Pasukan Polis Tindakan Khas Kebangsaan Filipina (SAF) bertempur dengan kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di bandar Mamasapano, Maguindanao.

Namun, seorang pegawai MILF berkata, komando SAF menceroboh masuk ke dalam wilayah yang ditawan kumpulan bersenjata tersebut sebelum berlakunya pertempuran.

Dalam laporan awal, Kapten Joanne Petinglay, ketua Bahagian Infantri ke-6 unit hal ehwal awam Tentera Darat, berkata tentera melakukan operasi pembersihan di Mamasapano di mana anggota polis terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang BIFF.

Petinglay tidak mendedahkan beberapa ramai anggota polis yang terbunuh.

Beliau berkata anggota tentera yang disokong dengan kenderaan perisai berada di kawasan tersebut untuk membantu anggota polis Maquindanao.

“Setakat ini, saya tidak boleh memberikan jumlah sebenar anggota yang maut, ia adalah operasi polis, tiada penyelarasan dengan anggota kita di darat,” kata Petinglay kepada The Inquirer. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=LSMKCh7OsIk

Tags: FilipinaMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd