LANGKAH kerajaan menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat reaksi bercampur-campur daripada ahli politik.
Ketika banyak pihak menyokong kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan untuk menangguhkan program berkenaan, ada pihak membuat cadangan agar ia dimansuhkan terus.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, PLKN wajar dimansuhkan terus kerana tidak mengikut rancangan awal dan tidak berbaloi.
MENARIK – PLKN Sesi 2015 Ditangguh Untuk Jimat RM400 Juta
“@HishammuddinH2O saya cadang mansuh PLKN. Tak ikut perancangan asal dan tak berbaloi,†kata Saifuddin menerusi Twitter.
“@mathanamuhilan: @saifuddinabd Saya setuju. Tapi datuk yg cadangkan?” sy tak cadangkn PLKN, tapi perkasa patriotisme. RT
 Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) January 20, 2015
Najib mengumumkan penangguhan program berkenaan sebagai langkah menghadapi situasi ekonomi yang kini perlahan ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Selasa.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, beliau menyambut baik penangguhan itu untuk kajian semula dijalankan bagi menambahbaik pelaksanaannya pada masa akan datang.
“PLKN 2.0 memberi penekanan kepada kemahiran untuk belia yang tidak mengikut laluan ke universiti. Mereka akan diberi latihan khusus,” kata Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
PLKN 2.0 memberi penekanan kpd kemahiran untuk belia yg tidak mengikut laluan ke universiti. Mereka akan diberi latihan khusus.  Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 20, 2015
Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, kerajaan perlu mencari sistem baru untuk menggantikan PLKN dengan program yang lebih berkesan serta menjimatkan.
“Banyak lagi program yang boleh dilaksanakan bagi menggantikan PLKN, tempoh penangguhan ini merupakan ruang yang amat sesuai untuk kerajaan mengenal pasti program atau kaedah baru,” katanya dipetik media rasmi PAS, Harakah Daily.
Menurut beliau, gesaan untuk menangguhkan pelaksanaan PLKN sudah lama dibangkitkan parti berkenaan kerana PLKN didakwa ‘tidak memberi apa-apa kebaikan kepada kerajaan’ dan merupakan beban kepada kerajaan kerana kos yang tinggi.
Bagi Exco Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau turut senada dengan Saifuddin yang mahu PLKN dimansuhkan terus.
PM, tak perlu tangguhkan #PLKN. Mansuhkan terus. Banyak lagi ruang yang lebih berfaedah untuk wang tersebut
 Nik Nazmi (@niknazmi) January 20, 2015
“PM, tak perlu tangguhkan #PLKN. Mansuhkan terus. Banyak lagi ruang yang lebih berfaedah untuk wang tersebut”.
Dalam perutusan Najib, beliau berkata penangguhan PLKN dapat menjimatkan kira-kira RM400 juta. -MYNEWSHUB.CC
War Dance PLKN Kem Princess Haliza, Sepang

