SEORANG lelaki di London, Deron Yapp kantoi curang selepas teman wanitanya menjumpai segumpal rambut berwarna merah dalam pembersih vakum miliknya.
Perbuatan curang diketahui ketika Nicola Lyon, 21, mengemas kediaman mereka selepas dia pulang daripada bercuti hujung minggu di rumah ibu bapanya.

Sebaik kembali ke rumah, Nicola mahu membersihkan bilik tidur mereka namun pembersih vakum yang digunakannya tersekat.
Ketika cuba membaikinya Nicola menjumpai gumpalan rambut berwarna merah yang ternyata bukan miliknya yang memiliki rambut perang.
Sebaik mengetahui kecurangan teman lelakinya, Nicola terus menghalau Deron dari rumah yang diduduki mereka bersama. – MYNEWHSUB.CC
Video Suami Kantoi Curang Dibogelkan Di Parkir KeretaÂÂ
https://www.youtube.com/watch?v=A42CJ0n89yg