• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBNJ Bina Padang Latihan Tertutup

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mencipta sejarah melalui majlis pecah tanah tapak pembinaan padang latihan bola sepak tertutup yang pertama seumpamanya di negara ini hari ini.

Laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) melaporkan, padang latihan tertutup di Johor itu direka bentuk berdasarkan piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Ia menggunakan konsep serta fasiliti terkini membolehkan sukan bola sepak mencapai tahap yang lebih tinggi dan seterusnya di peringkat lebih jauh bukan sahaja untuk Johor dan negara.

“Kemudahan ini membolehkan pemain berlatih dan mengasah kemahiran tidak kira keadaan cuaca luaran hujan atau panas. Padang latihan tertutup ini juga bakal dilengkapi dengan Pusat Perubatan untuk proses penyembuhan dan pemulihan para pemain,” lapor laman Facebook tersebut.

Menurut laporan itu, padang latihan berkenaan ditaja sepenuhnya oleh syarikat Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

JST melaporkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai bertitah, pelaburan bernilai jutaan ringgit itu bagi menjadikan Johor pasukan bola sepak terbaik dari segi profesionalisme dan pengurusan.

Titah baginda, perbelanjaan besar perlu dilakukan untuk menyediakan segala prasarana dan fasiliti terbaik bagi mendapatkan hasil yang terbaik sekali gus merangsang sukan bola sepak di negara ini.

Pengarah Eksekutif Kumpulan IWH, Lim Chen Herng pula berkata, padang latihan itu bakal menjadi kebanggaan rakyat Johor kerana yang pertama seumpamanya di negara ini.

“Ini merupakan sebahagian daripada CSR kepada rakyat Johor yang amat berbangga dengan pasukan bola sepak mereka. Lebih penting bola sepak berjaya menyatukan rakyat Johor,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: PBNJTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tony ‘Tweet’, Bangga Semangat & Ketabahan Kru AirAsia

Next Post

TMJ Berazam Teruskan Kegemilangan Bola Sepak Johor

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

TMJ Berazam Teruskan Kegemilangan Bola Sepak Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd