• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PasMa Entiti Berdiri Sendiri, Tak Pernah Masuk PAS – Phahrolrazi

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tak sebulu dari dulu. Itu perkara jelas yang sering terjadi dalam kepimpinan PAS apabila Majlis Syura dan kepimpinan tertinggi parti itu tidak sehaluan dengan kewujudan persatuan dalam PAS sendiri, PasMa.

Melalui entri di laman sosial Facebook milik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, beliau dengan sinikalnya ‘menghalau’ PasMa untuk bernaung di bawah sekutu PR yang lain jika masih tidak akur dengan pucuk pimpinan parti itu.

[BACA INI JUGA: Presiden PAS Saran PasMa Sertai DAP!]Untitled (1)

Tidak mengambil masa yang lama untuk memberi reaksi, Presiden PasMa, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dalam kenyataannya hari ini berkata, pihak yang sepatutnya keluar dari PAS adalah pihak yang tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat.

Jelasnya, tindakan tersebut patut diambil kerana muktamar PAS sebelum ini telah sebulat suara untuk bersama dalam PR.

Ujarnya kepada portal Malaysiakini, “Itu keputusan PAS dan muktamar. Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama pakatan), tak bersetuju dengan PAS maka dia kena keluar PAS.”

Tambahnya lagi, keputusan yang tidak selari dengan pemimpin PAS bukan bermakna tidak bersetuju dengan parti. “Kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS.”

DS Abdul Hadi Awang

Bukan itu sahaja, lebih pedas lagi, Phahrolrazi berkata, kenyataan Hadi tersebut tidak relevan kerana keahlian PasMa bukan semuanya diisi oleh ahli PAS.

“PasMa ini NGO yang berdiri di bawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PasMa) tidak pernah masuk PAS pun. Jadi dia nak tuju pada PasMa tidak relevan.

PasMa tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

PasMa Sudah Bertapak Di Tujuh Negeri Dan Bakal Lebarkan Sayap Lagi

Tags: PASMAphahrolrazi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PasMa Umum Sokong Pakatan Harapan Dalam PRU

06/12/2015
0

KEPALA BATAS - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini mengumumkan pendirian akan menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum...

PasMa Mahu Selangor Tubuh Pakatan Harapan Seperti Pulau Pinang

19/10/2015
0

ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd