• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palanivel Umum Lantikan Baharu, Ibu Pejabat MIC Kecoh

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan senarai lantikan beberapa jawatan utama peringkat negeri termasuk pelantikan Tan Sri Ramasamy Muthusamy sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan MIC Perak.

Palanivel berkata semua pelantikan berkuat kuasa serta merta dan beliau telah mengeluarkan surat kepada semua yang terlibat yang akan sampai kepada mereka dalam waktu terdekat.

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel
Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel

Ramasamy mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak daripada Palanivel.

Datuk Ganesan Arumugam mengambil alih jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan Negeri Sembilan, katanya.

“Datuk S. Sothinathan dengan rela hati bersetuju untuk melepaskan jawatannya atas permintaan saya untuk memberi tumpuan pada peringkat kebangsaan,” kata Palanivel dalam kenyataan.

Selain itu, Datuk Rajoo Vyraperumal ialah pengerusi jawatankuasa perhubungan MIC Wilayah yang baharu menggantikan Datuk M. Saravanan.

“Juga akan berlaku perubahan dalam jawatankuasa perhubungan negeri-negeri yang akan diumumkan oleh pengerusi masing-masing,” katanya.

Pengumuman ini dilhat sebagai satu tanda bahawa konflik dalaman parti itu semakin hangat apabila Saravanan digugurkan.

Dalam kontroversi MIC dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Palanivel menamakan seorang Naib Presiden yang bercakap dengan media berkaitan krisis berkenaan.

Jika dilihat daripada laporan media, Saravanan lah yang ada mengeluarkan kenyataan berkaitan kemelut ROS berkenaan dengan wartawan.

Selain itu, hari ini khabarnya berlaku sedikit kekecohan di Ibu Pejabat MIC ekoran beberapa orang ahli parti tidak dibenarkan masuk ke dalamnya tanpa sebab tertentu.

Beberapa orang pemimpin parti itu terpaksa turun ke tingkat bawah bagi menenangkan keadan.

Ada antara mereka menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepada pengawal keselamatan yang dilaporkan dilantik oleh Setiausaha Agung parti, Datuk G Kumaar Aaman.

Dikhabarkan ada individu cuba merempuh masuk pintu ke premis berkenaan.

Naib Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, Datuk Seri Vell Paari dan Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy yang turut berada dalam bangunan tersebut terpaksa turun untuk menenangkan keadaan.

Selepas keadaan kembali tenang, Saravanan membacakan kenyataan rasmi menggesa parti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bersama dengan semua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

EGM berkenaan difahamkan adalah untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti berkenaan dengan ROS yang dilihat tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini.

Saravanan dikeliling penyokongnya di Ibu Pejabat MIC yang kecoh berikutan pengumuman lantikan baharu oleh Presiden parti Datuk Seri G Palanivel. - Foto Agenda Daily
Saravanan dikeliling penyokongnya di Ibu Pejabat MIC yang kecoh berikutan pengumuman lantikan baharu oleh Presiden parti Datuk Seri G Palanivel. – Foto Agenda Daily

– MYNEWSHUB.CC

 

Tags: G.PalanivelMIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hapuskan Hukuman Sebat Pesalah Bawah Umur – Unicef

Next Post

Wanita Kerat Leher 3 Anak Supaya Berhenti Menangis

Related Posts

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

Wanita Kerat Leher 3 Anak Supaya Berhenti Menangis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd