• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palanivel Nafi Keluarga Terlibat Pentadbiran Parti

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa isteri dan anggota keluarganya terlibat dengan pentadbiran parti itu.

Beliau juga menggesa semua individu yang tidak bertanggungjawab itu supaya tidak bertindak sekeji itu dan berhenti daripada membuat tuduhan demikian terhadap keluarganya.

“Beberapa individu membuat kenyataan buruk terhadap saya dan anggota keluarga saya yang tersiar melalui media. Saya amat memahami reaksi seseorang yang disingkir daripada jawatannya dan mereka yang mempunyai agenda peribadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Palanivel berkata beliau melantik seorang peguam bernama Chandra untuk mengendalikan isu yang timbul dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana beliau mempunyai kelayakan dari segi undang-undang serta berpengalaman luas dalam mengendalikan perkara berkaitan undang-undang.

“Saya dan timbalan presiden tidak mempunyai kelayakan untuk mengendalikan perkara berkaitan undang-undang. Oleh itu, tiada salahnya beliau dilantik dan bertindak untuk MIC dalam perkara berkaitan ROS itu,” katanya.

Beliau berkata isu utama dalam perkara berkaitan ROS ialah tentang sah atau tidaknya Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC). Oleh itu, isu CWC melantik peguam tidak sepatutnya timbul dalam keadaan sekarang.

Palanivel juga menggesa semua pihak supaya berhenti daripada membuat tuduhan tidak berasas dan mengelirukan anggota parti bagi tujuan meraih keuntungan peribadi.

Katanya keadaan yang dihadapi MIC dengan ROS sekarang adalah kerana “minoriti yang kalah dalam pemilihan”.

“Perkara begini boleh berlaku dalam mana-mana pemilihan parti yang dijalankan secara demokratik dan apabila puak majoriti mencapai kemenangan, puak minoriti tidak berpuas hati. Kami sedang menangani perkara ini secara serius,” katanya. – BERNAMA

Tags: G.PalanivelMIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nurul Izzah, PKR Musnahkan Reputasi Saya – Mohamad Salleh

Next Post

40 Cedera Nahas Kereta Api Di Brazil

Related Posts

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

40 Cedera Nahas Kereta Api Di Brazil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd