• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NUTP Sokong Syor Yuran Sekolah Mangsa Banjir Ditangguhkan

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan yuran persekolahan bagi anak mangsa-mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata NUTP menyokong cadangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya pembayaran yuran itu ditangguhkan.

“Kita (NUTP) setuju dengan cadangan itu kerana ia dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa yang tidak mampu nak bayar yuran selepas dilanda banjir teruk. Saya juga meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menangguhkan yuran PIBG buat sementara waktu kepada mangsa banjir.

“Yuran berbagai, termasuk yuran PIBG biasanya boleh bermula kurang daripada RM100 sehingga RM200 untuk seorang pelajar bergantung kepada sekolah dan PIBG,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau turut meminta NGO dan syarikat swasta supaya tampil ke hadapan menghulurkan bantuan kepada pelajar yang dilanda bencana banjir yang melibatkan lebih 200,000 mangsa di seluruh negara, terutamanya di Pantai Timur.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan bahawa Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli, mencadangkan Kementerian Pelajaran menangguhkan yuran persekolahan kepada ibu bapa dan pelajar yang tidak mampu.

Ia bagi meringankan sedikit beban berganda yang ditanggung mangsa banjir kerana sebahagian besar gaji bagi bulan ini terpaksa digunakan untuk keperluan hidup yang lebih asas untuk membina hidup baharu selepas segala harta benda mereka musnah akibat banjir.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang turut menyokong cadangan itu, berkata penangguhan itu harus diberikan kepada mereka yang terjejas dengan bencana banjir sahaja.

“Cadangan ini sangat bagus kerana terdapat banyak pihak yang terjejas teruk dengan banjir kali ini. Saya ingin meminta kerajaan supaya memberikan penangguhan yuran ini kepada sekolah-sekolah dan kawasan yang betul-betul terjejas dengan banjir sahaja,” katanya.

Selain itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut menyokong cadangan itu kerana dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh penjawat awam yang terjejas.

Presidennya, Datuk Azih Muda turut meminta kerajaan supaya menyumbangkan keperluan persekolahan seperti pakaian sekolah, beg, kasut dan alat tulis kepada mangsa-mangsa banjir.

“Selain itu, saya juga meminta kerajaan supaya mempercepatkan pembayaran bonus kepada penjawat awam, iaitu sebelum 10 Januari ini bagi meringankan beban mereka. Kerajaan harus faham keperitan rakyat yang terdesak dalam situasi ini.

“Terdapat Kerajaan Negeri yang sudah membayar bonus kepada kakitangan di bawah kerajaan negeri berkenaan, harap Kerajaan Persekutuan juga berbuat demikian,” katanya. – BERNAMA

Tags: NUTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd