• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Aziz Teringat Solat Jumaat – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
25/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – “Hari ini, ayahanda teringat solat Jumaat,” begitulah catatan terkini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman Facebook.

Dimuat naik pada lewat malam Jumaat, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, kata-kata bapanya itu membuatkan dia terkenangkan kegigihan bapanya mendidik anak-anak.

Beliau berkata, pemimpin berusia 84 tahun itu akan memastikan anak-anaknya bersamanya ke masjid lebih awal, ada kala pukul 12 tengah hari.

“Dan hingga ke saat ini, dari atas katil ini, dalam tua rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan waktu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, kata Nik Mohamad Abduh, ketika tiba di masjid, hanya mereka sahaja di situ malahan imam, bilal, siak dan khariah lain juga tiada lagi.

“Kami terhangguk-hangguk menanti tok bilal azan, tersengguk-sengguk menanti tok imam kampung menghabiskan khutbah dan bergeliat menanti ‘tamatnya’ paksaan beragama masa kecil.

“Ayahanda d hadapan tuhannya, solat, baca al-Quran, sujud dan paling saya tak faham, diam, diam dan diam, sehinggalah azan berkumandang,” catatnya.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Beliau merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. – mStar Online

Tags: Nik Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

05/06/2023
0

Gelaran anumerta (posthumous) 'Tan Sri' yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pengiktirafan atas...

Mahathir Pengganti Nik Aziz Dalam Pakatan?

07/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengganti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd