• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

E. coli.. Bakteria Paling ‘Glamor’ Musim Banjir

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKTERIA E. coli biasa didengar namun tak ramai daripada kita mengetahui lebih lanjut tentangnya.

Apabila hari ini media menyiarkan laporan tentang keadaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kurang sihat kerana dijangkiti bakteria jenis ini, maka pasti ramai tertanya-tanya apa sebenarnya penyakit dibawa olehnya.

Secara ringkas E. coli atau nama saintifiknya Escherichia Coli adalah sejenis bakteria yang kebanyakannya tidak memudaratkan dan selalu ditemui mendiami usus manusia dan haiwan berdarah panas seperti lembu dan lain-lain.

Secara semulajadi, bakteria tersebut berfungsi memelihara saluran usus daripada dijadikan ‘kediaman’ bakteria pathogenic dengan menghasilkan vitamik K2. Cuma sebahagian kecil jenis E. coli yang mampu membawa kepada cirit-birit biasa.

02ecoli1-articleLarge

Namun bakteria ini tak boleh juga dipandang enteng, kerana E. coli 0157:H7 boleh membawa kepada kekejangan abdomen dan keradangan di bahagian usus hingga mengakibatkan keluar darah ketika proses buang air besar dan muntah.

Pada musim hujan seperti sekarang, mangsa banjir terutamanya harus waspada kerana bakteria ini lebih mudah menjangkiti kerana pencemaran air.

drinking-water

Bagi mengelak atau mengurangkan risiko dijangkiti E.coli yang mendatangkan penyakit, moleklah jika anda hanya meminum air yang sudah dididihkan dan mengelak dari meminum air yang tidak dimasak atau susu yang tidak dipasteurkan.

Selain itu, elakkan dari memakan sayur-sayuran mentah dan daging kurang masak kerana ia boleh menjadi perumah atau medium terbaik buat E. coli sebelum memasuki sistem tubuh manusia.

e-coli-outbreak_0 djs696129083_high

Bukan itu sahaja, sentuhan juga boleh menjadi penyebar jangkitan dari satu individu kepada individu lain. Maka pastikan tangan anda dan keluarga sentiasa dalam keadaan bersih dan kerap dicuci.

Kanak-kanak dan warga emas merupakan golongan paling mudah dijangkiti bakteria ini kerana sistem imun badan mereka yang kurang sukar menghalang pembiakan bakteria.

Justeru golongan ini biasanya memerlukan tempoh lebih lama untuk sembuh berbanding golongan belia dan dewasa.

Ingat.. andai anda mengalami masalah cirit-birit berterusan hingga melarat kepada pengeluaran darah, hadapi kekejangan di bahagian abdomen dan pening-pening, ada baiknya segera berjumpa doktor kerana E. coli mungkin sedang beranak-pinak dalam usus anda. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Bagaimana E. coli Berjangkit? Lihat Video Ini!

Tags: bakteriaPenyakit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

14/07/2022
0

DODOMA, TANZANIA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, keletihan dan hidung berdarah menular di tenggara...

Penyakit Hati ‘Misteri’ Ragut Nyawa 3 Kanak-Kanak Di Indonesia

03/05/2022
0

JAKARTA : Tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Indonesia meninggal dunia akibat hepatitis akut pada April. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd